Facebook Bakal Membawakan Rancangan TV Mereka Sendiri Mulai Ogos Ini

Beberapa bulan sebelum ini terdapat khabar angin tentang Facebook sedang dalam persiapan melancarkan segmen rancangan TV mereka sendiri.

Laporan yang kami terima memberitahu episod pertama rancangan TV ini akan disiarkan pada pertengahan bulan Ogos. Rancangan TV ini akan datang dengan 2 kategori, rancangan pertama lebih kepada video ringkas, vlogger-ish dan rancangan ke dua lebih formal seperti rancangan yang kita tonton dalam TV.



Facebook dikatakan mahu menyiarkan rancangan ini dengan lebih awal, tetapi menghadapi masalah teknikal dan mungkin juga ditangguh dari masa yang telah ditetapkan.

Rancangan TV ini boleh ditonton di ruang baru di halaman Facebook, bukan di ruang News Feed. Dilihat langkah yang diambil Facebook ini secara jelas mahu bersaing dengan Youtube.

Sumber: Bloomberg