Ini Ciri-Ciri Terbaharu Yang Terdapat Pada ColorOS 11 OPPO

Beberapa minggu yang lalu, OPPO telah mengumumkan antaramuka ColorOS 11 yang berasaskan Android 11. Ia secara rasminya dilancarkan buat peranti Find X2, Find X2 Pro dan Find X2 Pro Automobili Lamborghini Edition dahulu.

Melalui kemaskini ColorOS 11, banyak ciri-ciri baharu dan penambahbaikan dalam versi ini. Berikut adalah kesemua ciri-ciri baharu yang hadir dalam ColorOS 11.

Halaman Utama Dan Ikon Yang Boleh Disesuaikan




Dalam ColorOS 11, anda bebas untuk mengubah susun atur pada halaman utama, widgets, animasi peralihan, wallpapers dan stail icon. Anda hanya perlu memicit menggunakan dua jari pada skrin untuk mengeluarkan menu personalization.

Skema Warna Yang Boleh Disesuaikan


coloros 11

Anda boleh memilih 10 warna kegemaran melalui 5 skema warna yang ditawarkan. Warna tema yang anda pilih akan diterapkan pada kawalan dan ikon untuk memastikan pengalaman visual yang konsisten.

Customizable Always-On Display


coloros 11

Berdasarkan pelbagai pilihan gaya yang terdapat dalam OS 7, ColorOS 11 membolehkan anda untuk memilih corak paparan Always-On Display (AOD) anda sendiri.

coloros 11

Customizable Wallpapers


coloros 11

Dengan fungsi ini, anda boleh mengambil atau memuat naik gambar anda pada peranti. Kemudian, algoritma khas pada ColorOS 11 akan menyusun semula serta menganalisis warna dan akan menghasilkan wallpaper kreatif dengan pelbagai gaya berdasarkan rujukan gambar anda.

Customizable Dark Mode


coloros 11

Sebelum ini, fungsi Dark Mode dalam ColorOS 7 menyokong mod tersebut pada aplikasi pihak ketiga. Kali ini, dalam ColorOS 11 ia memberikan tiga pilihan Dark Mode dengan tiga kontras yang berbeza.

Ia membolehkan anda mengatur waktu mula dan mati secara automatik dan juga dapat menyesuaikan dengan waktu matahari terbit dan terbenam.

Cipta Nada Dering Sendiri


coloros 11

Nada dering boleh disesuaikan melalui panel slaid yang mudah digunakan. Anda hanya perlu memilih nada muzik dan irama untuk menyesuaikan muzik dalam masa nyata.

Nada-nada ini menghubungkan dengan nada pemberitahuan untuk membentuk satu melodi tunggal.

OPPO Relax


coloros 11

OPPO Relax buat pertama kali diperkenalkan pada ColorOS 7 sebagai satu aplikasi yang memberikan bunyi yang santai.

Dengan ColorOS 11, ia menampilkan ciri terbaru iaitu Sound Mix. Anda boleh memilih dari pilihan bunyi termasuk bunyi semula jadi, bunyi sehari-hari, urban dan AMSR. Ia akan memberikan satu suasana yang benar-benar hidup dan sesuai dengan keinginan anda.

The Sound of Cities




Selain OPPO Relax 2.0, ia juga hadir dengan bunyi-bunyi bandar besar di dunia seperti Tokyo, Bangkok dan Reykjavik. Pihak OPPO yang membangunkan ColorOS ini, merakam secara terus bunyi dan suasana di bandar tersebut.

Dengan fungsi ini, ia memberikan pengalaman bunyi kepada pengguna dimana anda dapat merasai sendiri bunyi dan suasana di bandar-bandar itu hanya menggunakan peranti pintar.

Artist Wallpaper Project


coloros 11

Terdapat lebih daripada 30 wallpapers artistik dari pelukis terkenal yang diperkenalkan pada tahun lepas. Dalam ColorOS 11, mereka meneruskan lagi meluaskan sektor ini melalui kerjasama dengan keindahan sains.

Ia mengkhususkan mikroskop, makro dan gambar timelapse yang akan memaparkan keindahan yang mungkin anda tidak pernah lihat.

3-Finger Translate




ColorOS 11 diintegrasikan dengan Google Lens dimana ia memberikan anda untuk menterjemah teks dalam aplikasi, laman sesawang dan gambar kepada bahasa yang anda mahukan.

Anda terlebih dahulu perlu masuk ke aplikasi 'translate' melalui smart sidebar dan mengkatifkan fungsi ini hanya dengan menggunakan 3 jari seperti anda mahu membuat tangkapan skrin.

Device Control




ColorOS 11 menampilkan ciri quick menu dimana anda boleh beralih dan mengawal pelbagai peranti pintar di rumah (kereta, TV pintar dan lain-lain) dengan hanya satu butang berbanding memuat turun aplikasi yang baru ke dalam telefon pintar.

Super Power Saving Mode


coloros 11

Fungsi ini membantu untuk memanjangkan jangka hayat bateri anda. Ia akan memberikan pembukaan terhad kepada 6 aplikasi pada skrin utama ketika anda mengaktifkan mod ini.

Menurut OPPO, dalam kemaskini terbaru ini, ia dapat melakukan permesejan Whatsapp sehingga 90 minit walaupun mempunyai baki bateri sebanyak 5%.

FlexDrop




ColorOS 11 memberikan anda melakukan pelbagai tugas dengan mudah. Dengan fungsi ini, aplikasi boleh dibuka kepada tetingkap kecil atau tetingkap mini dimana ia memberikan anda untuk menggunakan banyak aplikasi pada satu-satu masa.

Kemaskini bagi ColorOS 11 ini dilancarkan secara berperingkat dan buat masa sekarang hanya peranti OPPO Find X2, Find X2 Pro, Find X2 Pro Lamborghini Edition, Reno3 4G, Reno3 Pro 4G dan F17 Pro yang mendapat kemaskini ini.