Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
palang kad pengenalan

Ciri-Ciri Fizikal Keselamatan Pada MyKad Sudah Memadai – Menteri

Diterbitkan Mei 18, 2024 · Dikemas kini Mei 18, 2024 oleh ariff bukhari

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika bercakap kepada pemberita pada 16 Mei 2024 lepas berkata, ciri-ciri fizikal termasuk keselamatan pada dokumen pengenalan diri (MyKad) sudah memadai.

Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah kerajaan berhasrat menambah baik ciri keselamatan pada MyKad.

Ia ekoran isu kes penggunaan dokumen pengenalan diri palsu seperti kad pengenalan, yang dikesan apabila pemegangnya mencapai usia dewasa atau ketika penukaran daripada MyKid kepada MyKad.

Beliau berkata pihaknya mendapati ada pasangan suami isteri yang mengambil anak angkat tetapi membuat pengisytiharan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa bayi itu adalah anak kandung mereka.

CIRI KESELAMATAN MYKAD

Kad Pintar Kerajaan atau dikenali sebagai MyKad mempunyai aplikasi yang dapat diakses dengan pantas dan selamat untuk menjalankan pelbagai transaksi elektronik seperti pengesahan identiti, kesihatan, pembayaran, pengaksesan, perniagaan dan servis peruncitan.

Antara ciri keselamatan utama yang ada pada MyKad termasuklah pengesahan menggunakan kekunci simetri kriptografi, sistem operasi pelbagai lapisan dengan ‘firewall’ serta landasan cip yang selamat.

MyKad menggunakan dua jenis teknologi biometrik bagi tujuan pengenalan diri.

Biometrik yang digunakan adalah gambar berwarna pemegang kad dan Sijil Digital untuk pengesahan diri.

Kerajaan mula melancarkan MyKad dengan struktur baru pada Januari 2012 dengan memperkenalkan beberapa ciri keselamatan baharu seperti perlindungan anti salinan, cetakan laser dan UV pelbagai pelangi.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Bernama, JPN, Fb JPN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY