Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri Baharu Pada Android Dapat Bantu OKU Pendengaran Berkomunikasi

Ciri Baharu Pada Android Dapat Bantu OKU Pendengaran Berkomunikasi

Diterbitkan Mac 11, 2022 oleh Anis Maisarah

Kini, android telah mengemas kini banyak ciri untuk kepentingan pengguna android termasuk kepada pengguna kurang upaya yang mengalami masalah pendengaran atau pekak. Ciri baharu tersebut ialah transkripsi perbualan yang berfungsi di luar talian. Ia boleh digunakan dalam aplikasi Live Transcribe & Notification.

Ini bermakna, orang yang mengalami masalah pendengaran dapat berkomunikasi atau berbual melalui ciri baru ini walaupun tiada data internet atau Wi-Fi. Dengan memilih bahasa perbualan dan menghidupkan ‘transcribe offline’ pada aplikasi, ia sudah dapat digunakan sepenuhnya.

Ciri Baharu Pada Android Dapat Bantu OKU Pendengaran Berkomunikasi

Kawasan tanpa internet seperti ketika berada dalam kapal terbang, kawasan bawah tanah, dan kawasan yang susah untuk mendapatkan jaringan internet ini membolehkan orang pekak menggunakan ciri baharu ini. Ciri ini merupakan kerjasama bersama dengan Universiti Gallaudet dan kini, ciri ini diprapasang pada peranti Pixel dan Samsung.

Ciri Baharu Pada Android Dapat Bantu OKU Pendengaran Berkomunikasi

Semua peranti android juga dapat memuat turun aplikasi offline, Live Transcribe & Notification ini secara percuma di Play Store.

Muat turun aplikasi Live Transcribe & Notification di SINI.

Sumber : Google

Baca juga :

  • Google Ada Teknologi Untuk Lindungi Wanita Ketika Dalam Talian
  • Tak Perlu Buang Aplikasi, Google Ada Cara Lain Untuk Kembalikan Ruang Storan Telefon
  • Google Lepaskan Kemas Kini Kritikal Untuk Android 10, 11 Dan 12

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY