Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RYZEN 3

Cip Pemprosesan Ryzen Zen 3 Dan Cip Grafik Radeon Terbaru Akan Diperkenalkan Pada 8 Dan 28 Oktober 2020

Diterbitkan September 11, 2020 · Dikemas kini September 11, 2020 oleh ariff bukhari

Selepas melancarkan basikal, AMD dijadualkan akan mengadakan acara khas mereka bagi pelancaran cip pemprosesan generasi terbaru, Ryzen Zen 3 pada 8 Oktober akan datang.

Ia diumumkan oleh CEO AMD di Twitter baru-baru ini.

It’s going to be an exciting fall for gamers… time to start a new journey with @AMDRyzen Zen3 and @Radeon RDNA2 pic.twitter.com/O9SXvLo4y0

— Lisa Su (@LisaSu) September 9, 2020

Ryzen Zen 3 dibangunkan dengan teknologi arkitektur termaju AMD yang dijangka akan menguasakan cip pemprosesan bagi komputer meja menerusi Ryzen 4000.

Selain cip pemprosesan, AMD juga akan memperkenalkan cip grafik Radeon terbaru yang dibangunkan dengan teknologi RDNA 2 di acara berbeza yang dijadualkan akan berlangsung pada 28 Oktober nanti.

AMD mendakwa, teknologi RDNA 2 mereka yang akan digunakan pada siri kad grafik Radeon RX 6000 akan memberikan pengalaman yang menakjubkan pada para peminat tegar permainan komputer.

AMD #RDNA2 architecture and Radeon RX 6000 Series graphics cards will bring the best of Radeon to gamers worldwide. Learn more October 28. pic.twitter.com/CZJRxTBe6m

— AMD Radeon (@amdradeon) September 9, 2020

Mungkin ada yang terlupa, teknologi RDNA 2 dari AMD inilah yang menguasakan grafik bagi kedua-dua konsol terhangat yang akan tiba tahun ini iaitu Xbox Series X and PlayStation 5.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY