Dari Cip Pemprosesan, AMD Kini Jual Basikal Pula

Jika sebelum ini para pengguna komputer hanya mengenali AMD (Advanced Micro Devices)menerusi cip pemprosan sahaja. Tetapi kini anda jangan pelik jika terdapat basikal AMD pula.

Basikal AMD Mountain Bikes itu buat masa ini hanya ditawarkan menerusi laman rasmi AMD Fan Store sahaja.

Berharga dari USD299.00, basikal tersebut boleh dikustomasi kepada 3 warna pilihan iaitu kerangka berwarna hitam, kerangka putih dengan tayar hitam atau kerangka putih dengan tayar berwarna oren.

Kapsyen: "This bike is designed for many years of fun and comfortable transportation." AMD Fan Store.


Tidak dilengkapi dengan cip pemprosesan terpantas, tetapi basikal gunung AMD ini dilengkapi dengan 21 gear kelajuan boleh ubah dari Shimano, kerangka suspensi berkembar, rim aloi bersaiz 26 inci dan tempat duduk tunggangan yang selesa.

Tetapi bagi yang tidak mahukan basikal gunung, anda boleh memilih model basikal AMD Custom Cruiser Bike yang juga berharga USD299.00.

Kapsyen: Kredit: AMD Fan Store


Sumber: GameRant