Cip pemprosesan mikro Apple A13 bakal menjadikan iPhone 2019 sebagai peranti paling berkuasa.
Berdasarkan kepada laporan Bloomberg baru-baru ini, Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (TSMC) sudah pun memulakan produksi bagi menghasilkan cip pemprosesan terbaru Apple A13.
Cip tersebut dijangka akan dimuatkan ke dalam barisan model terbaru iPhone 2019 nanti.
Apple A13 merupakan cip pemprosesan generasi baru yang dibangun menggunakan teknologi 7nm. Teknologi tersebut membolehkan A13 dimuatkan dengan transistor 17% lebih banyak daripada cip sebelumnya.
Sekaligus menjadikannya sebagai cip pemprosesan paling berkuasa yang digunakan dalam sebuah telefon pintar.
Selain itu proses penghasilannya yang kini menggunakan teknologi EUV (extreme ultraviolet lithography, menggantikan proses deep ultraviolet-DUV) akan menjadikan iPhone 2019 10% lebih jimat tenaga.
Walaubagaimanapun, sumber Bloomberg belum ada menyatakan pengesahan sama ada iPhone 2019 bakal menyokong teknologi tanpa wayar 5G ataupun tidak.
Namun begitu iPhone 2019 dikatakan akan menyokong ciri Reversible charging (sepertimana Samsung S10, S10+ dan S10e) yang membolehkan iPhone 2019 mengecas aksesori lain seperti AirPods dicas secara tanpa wayar serta penggunaan 3 kamera belakang.
iPhone 2019 dijangka akan diperkenalkan dalam bulan September 2019 nanti.
P/s: iPhone 2019 juga dijangka akan hadir dengan 2 pilihan warna baru.
Berkaitan
- Kedudukan Kelajuan Selular Dan Talian Tetap Di Seluruh Dunia Setakat Bulan Mac 2019
- Menggunakan Batu 'Padang Light' Sebagai Lantai, Apple Store Ke-2 Bakal Dibuka Di Shenzhen
- Komputer Riba Terbaru Apple Macbook Pro 16 Inci Diperkenalkan Secara Rasminya
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 12.3.2
- Apple Mengumumkan iPhone 13 Dan iPhone 13 mini
- Apple Tidak Lagi Menawarkan Model iPhone 7, iPhone XS dan XS Max Di laman Apple Store
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS V12.3.1 Bagi Pengguna iPhone, iPad Dan iPod Touch
- Pengguna iPhone Di Malaysia Lebih Suka Model Mahal Dan Skrin Besar - OpenSignal
- Cip Apple M1 Dilaporkan Jadi Sasaran 'Ransomware'
- Mac Pro 2019 Adalah Komputer Mac Paling Berkuasa Yang Pernah Apple Hasilkan