Sebelum ini, tular di laman Twitter mengenai beberapa pelanggan CIMB Bank yang berkongsi kebimbangan mengenai beberapa transaksi yang dinyatakan sebagai 'direct debit' atau debit langsung melalui aplikasi atau laman sesawang CIMB Clicks.
Bagaimanapun, CIMB Bank memberi jaminan kepada para pelanggannya bahawa transaksi debit langsung dalam akaun mereka adalah transaksi kad debit yang sah.

Menurut jurucakap CIMB Bank, insiden-insiden terpencil itu adalah berkenaan transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan atau perkhidmatan penstriman dalam talian.
Transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai debit langsung yang menimbulkan kekeliruan kepada para pelanggan. Bagi pelanggan yang terkesan, CIMB menyatakan akan menghubungi mereka untuk penjelasan lebih lanjut.
Dalam pada itu, transaksi tersebut turut dikaitkan dengan aplikasi Zoom yang mempunyai pelbagai isu berkaitan keselamatan dan pendedahan data peribadi pengguna. Namun, tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai perkara ini.
Sumber: BERNAMA
Berkaitan
- Sony Xperia 1 II Akan Dilancarkan Di Malaysia November Ini
- Twitter 'Down', Pengguna Gagal Akses Aplikasi Dan Web
- Twitter Menguji Ciri Perkongsian Gambar Sehingga Resolusi 4K Pada Peranti iOS Dan Android
- Unifi Mobile Alami Gangguan Perkhidmatan Buat Sementara Waktu
- Ini Adalah Sejumlah 117 Emoji Baharu Yang Dimuatkan Pada Kemaskini Android 11
- Twitter Pernah Ingin Ambil Alih Clubhouse Dengan Nilai RM16.5 Bilion
- Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad
- Ini Pilihan Yang Ada Sekiranya Tidak Mahu Terima Polisi Privasi WhatsApp
- Beberapa Sistem Perkhidmatan Akan Beralih Sepenuhnya Ke Portal Dan Aplikasi myPTPTN Bermula 1 Februari
- Pengguna Xiaomi Di China Tidak Lagi Dibenarkan Untuk Pasang Sendiri GMS