Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Godfather AI’ Lancar ‘Polis AI’, Bimbang Teknologi Hilang Kawalan

China Tutup Sekejap Servis AI Ketika Peperiksaan Masuk Kolej Berjalan

Diterbitkan Jun 10, 2025 oleh ariff bukhari

Beberapa chatbot AI terkenal di China, seperti Qwen dari Alibaba dan Yuanbao dari Tencent, telah menghentikan sementara fungsi pengecaman gambar semasa peperiksaan masuk kolej negara itu yang dikenali sebagai “Gaokao” dijalankan.

Langkah ini diambil untuk mengelakkan pelajar daripada menipu dengan menggunakan AI untuk menjawab soalan semasa peperiksaan tersebut.

Gaokao adalah peperiksaan yang sangat penting dan sukar yang akan menentukan masa depan berjuta-juta pelajar di China.

Tidak seperti sistem permohonan universiti di Amerika Syarikat, pelajar di China hanya bergantung kepada keputusan Gaokao untuk masuk ke institusi pengajian tinggi.

Untuk tahun ini, peperiksaan ini dikawal ketat oleh pihak berkuasa yang berdepan cabaran AI dengan seramai lebih 13.4 juta pelajar mendudukinya.

Walaupun beberapa chatbot seperti Qwen dan Doubao masih boleh digunakan, tetapi servis itu akan menolak gambar soalan peperiksaan semasa waktu ujian sedang berjalan, menyatakan perkhidmatan tidak tersedia atau tidak ikut peraturan.

Baru-baru ini juga, Kementerian Pendidikan China menekankan bahawa pelajar tidak boleh menggunakan jawapan yang dijana oleh AI dalam kerja rumah atau ujian.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Beberapa Barisan Model Mac Terdahulu Dengan Cip Intel Tidak Menyokong macOS 26
  • Google Sahkan Android 16 Bakal Tersedia Esok

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga PS6 Mungkin Cecah Lebih AS$1,000 Akibat Kenaikan Kos RAM Dan SSD
  • Dua Anak Sarawak Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Robotik WRO 2026 Di Croatia
  • Dakwaan Isu Haba Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Kurang Tepat - Qualcomm
  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga Sekitar RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
  • Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian
  • Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter
  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY