Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
teksi autonomi

China Telah Meluluskan Penggunaan Teksi Tanpa Pemandu

Diterbitkan Mei 10, 2022 oleh Firdaus

China telah menjadi antara negara yang terawal yang menawarkan perkhidmatan teksi tanpa pemandu. Baidu dan Pony.ai yang merupakan pelopor kepada perkhidmatan ini telah diberi kelulusan untuk mengendalikan kenderaan tanpa pemandu di Beijing.

Dek kerana Beijing yang mempunyai keluasan yang besar dan perkhidmatan ini di fasa permulaan, Baidu dan Pony.ai mengehadkan operasi mereka pada keluasan 60 kilometer persegi sahaja.

teksi autonomi 2

Selain itu, Baidu meletakkan 10 kenderaan autonomi mereka dalam kawasan tersebut manakala Pony.ai hanya menawarkan 4 kenderaan sahaja. Walau bagaimanapun, kedua-dua syarikat merancang untuk menambah bilangan tersebut pada masa akan datang.

Teksi autonomi

Pony.ai merupakan syarikat kereta autonomi pertama yang memenangi lesen teksi di China dan Baidu pula merupakan syarikat engin carian terbesar di China. Kedua-dua syarikat ini telah memulakan perkhidmatan ‘robotaxi’ di China pada ketika ini.

Walaupun begitu, pihak Beijing menegaskan bahawa kehadiran penyelia diperlukan dalam kereta autonomi ini. Hal ini demikian, perkhidmatan ini masih di fasa permulaan di kawasan Beijing dan untuk mengelakkan sebarang kemalangan tidak diingini daripada berlaku.

Sumber: The Verge, businesswire

Baca juga:

  • Tesla Saman Bekas Pekerja Atas Kecurian Projek ‘Dojo’
  • Setel Kini Tersedia Pada Apple Watch, Isi Minyak Terus Dari Jam
  • Aplikasi GPS “Punca” Wanita Pandu SUV Menuruni Tangga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY