Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Kini Wajibkan ‘Influencer’ Ada Kelayakan Untuk Ulas Topik Sensitif

China Kini Wajibkan ‘Influencer’ Ada Kelayakan Untuk Ulas Topik Sensitif

Diterbitkan Oktober 29, 2025 · Dikemas kini Oktober 29, 2025 oleh Amalina Athman

Undang‑undang baharu untuk ‘influencer‘ atau pempengaruh di China, yang mula berkuat kuasa pada 25 Oktober 2025, mewajibkan sesiapa yang menghasilkan kandungan mengenai topik sensitif seperti perubatan, undang‑undang, pendidikan atau kewangan mempunyai kelayakan rasmi dalam bidang tersebut.

Di bawah peraturan baharu ini, pempengaruh yang membincangkan topik berkaitan perlu mengemukakan bukti kelayakan seperti ijazah, lesen profesional, atau sijil berkaitan.

Platform seperti Douyin (versi China bagi TikTok), Bilibili dan Weibo pula diwajibkan mengesahkan kelayakan pencipta kandungan serta memastikan setiap kandungan yang disiarkan disertakan dengan rujukan dan penafian yang sesuai.

Sebagai contoh, pempengaruh perlu menyatakan dengan jelas apabila maklumat yang dikongsi berasaskan kajian atau apabila kandungan video mengandungi elemen dijana kecerdasan buatan (AI).

Selain itu, Pentadbiran Ruang Siber China (Cyberspace Administration of China, CAC) turut melarang sebarang bentuk pengiklanan untuk produk perubatan, suplemen dan makanan kesihatan bagi mengelakkan promosi terselindung yang disamarkan sebagai kandungan “berbentuk pendidikan”.

Seperti dilaporkan Morocco World News, CAC menyatakan bahawa tujuan undang‑undang ini adalah untuk membendung maklumat salah dan melindungi orang ramai daripada nasihat palsu atau berbahaya.

Pada masa sama, langkah itu turut mencetuskan perdebatan hangat di seluruh dunia mengenai isu tapisan, kebebasan bersuara dan sejauh mana tanggungjawab pempengaruh dalam membentuk pandangan masyarakat.

Walau bagaimanapun, dengan jumlah pempengaruh yang semakin tinggi hari ini, tidak semua maklumat yang dikongsikan adalah tepat. Ada yang benar dan bermanfaat, tetapi ada juga yang boleh memudaratkan. Jika maklumat salah disampaikan mengenai topik kesihatan, kewangan atau undang-undang, kesannya boleh menjadi sangat serius.

Dalam konteks ini, langkah yang diambil China dilihat wajar bagi memastikan maklumat berkualiti, berasaskan fakta dan tidak mengelirukan orang ramai, terutama apabila pempengaruh kini semakin meluas dalam mempengaruhi pandangan masyarakat.

Gambar utama: AFP

Berkaitan

  • Kerajaan Sarankan Media Sosial Laksana eKYC Guna MyKad, Passport Atau MyDigital ID
  • Kerajaan Cadang Naikkan Had Umur Pengguna Media Sosial Kepada 16 Tahun - Fahmi
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • ROBLOX Hadap Fahmi Fadzil, Bincang Pelaksanaan ONSA Di Platform Tersebut

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY