Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

China Dilapor Wajibkan Pembuat Cip Guna Sekurang‑kurangnya 50% Peralatan Buatan Tempatan

Posted on Disember 31, 2025Disember 31, 2025

China dilapor mewajibkan pembuat cip menggunakan sekurang‑kurangnya 50% peralatan buatan tempatan apabila menambah kapasiti pengeluaran semikonduktor.

Peraturan ini tidak diterbitkan secara rasmi, tetapi pembuat cip yang memohon kelulusan kerajaan diarahkan membuktikan melalui tender perolehan bahawa sekurang‑kurangnya separuh daripada peralatan adalah buatan China.

Permohonan yang gagal mencapai ambang 50% biasanya ditolak, walaupun pihak berkuasa memberi kelonggaran bergantung kepada kekangan bekalan. Keperluan ini dilonggarkan untuk barisan pengeluaran cip canggih, di mana peralatan buatan tempatan masih belum tersedia sepenuhnya.

“Pihak berkuasa lebih suka jika ia jauh lebih tinggi daripada 50%. Akhirnya mereka menyasarkan kilang-kilang tersebut menggunakan 100% peralatan domestik,” kata sumber kepada Reuters.

Peraturan ini merupakan salah satu langkah penting yang diperkenalkan China untuk mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi asing, terutama selepas Amerika Syarikat mengetatkan sekatan eksport pada 2023, termasuk larangan menjual cip AI canggih dan peralatan semikonduktor kepada negara itu.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress