Pelancong dipaksa memasang aplikasi intip yang didapati mengumpul data peribadi pelancong sebelum menghantarnya ke pelayan.
Laman Vice melaporkan pelancong yang ingin memasuki wilayah Xinjiang telah dipaksa memasang aplikasi intip ke dalam telefon pintar Android mereka sebelum memasuki wilayah tersebut.
Secara khususnya, di lintasan sempadan di mana pihak berkuasa China melakukan pengawasan secara besar-besaran serta tekanan yang dibuat terhadap penduduk tempatan beragama Islam di wilayah itu.
Penemuan tersebut dibuat menerusi kolaborasi siasatan yang dijalankan oleh pihak Motherboard, Süddeutsche Zeitung, The Guardian, New York Times dan penyiar awam dari Jerman.
Daripada siasatan tersebut mereka mendapati, pihak berkuasa di sempadan wilayah itu akan memasang aplikasi yang dipanggil Fengcai atau BXAQ ke dalam telefon pintar Android pelancong yang mampu mengumpul pelbagai data privasi pemilik telefon tersebut termasuklah mesej teks, kalendar, nombor orang hubungan, log panggilan dan senarai aplikasi yang dipasang dalam telefon pintar itu.
Data-data yang dikumpul itu seterusnya akan dimuat naik untuk dihantar ke pelayan bagi imbasan.
"This is yet another example of why the surveillance regime in Xinjiang is one of the most unlawful, pervasive, and draconian in the world." Vice.
Walaupun buat masa ini hanya pemilik yang menggunakan telefon pintar Android sahaja yang dipaksa memasang aplikasi intip tersebut, tetapi pelancong yang menggunakan iPhone juga akan disita dan diimbas peranti tersebut dengan menggunakan peranti khas yang disambungkan kepada iPhone pelancong.
Aplikasi Fengcai dibangunkan oleh Ninjing FiberHome StarrySky Communication Development Company Ltd. dan kemudiannya diedarkan kepada pihak berkuasa China.
Berkaitan
- Malaysia Dan China Akan Bersama Membangunkan Vaksin COVID-19
- Roket Gagal Sampai Ke Ruang Orbit, 14 Satelit China Hilang
- Aiskrim Termahal Di China Disiasat Selepas Tular Tidak Cair Walau Dibakar
- Seorang Rakyat China Didapati Bersalah Menyeludup Masuk 40,000 Peranti Palsu Apple Ke A.S
- China Benarkan Foxconn Kembali Operasi Dengan Kawalan Ketat
- 6 Judul Permainan Popular Dari Blizzard Ini Tidak Lagi Ditawarkan Di China Tahun Depan
- Upin Dan Ipin Memenangi Anugerah Golden Wing Bagi Kategori Animasi Terbaik Di China
- UOS Adalah Sistem Operasi Komputer Terbaru Dibangunkan Firma China
- CIA Menuduh Huawei Terima Dana Dari Pihak Keselamatan Dan Tentera China
- TikTok Disaman Kerana Mengumpul Dan Menghantar Data Penggunanya Secara Rahsia Ke China