Di CES 2023, AMD telah memperkenalkan 3 cip baharu bagi siri AMD Zen4 X3D - Ryzen 7 7800X3D, Ryzen 9 7900X3D dan Ryzen 9 7950X3D.
https://youtu.be/OMxU4BDIm4M
Cip paling berkuasa, AMD Ryzen 9 7950X3D mempunyai 16 teras dan 32 bebenang yang mampu beroperasi hingga 5.7GHz dalam teras tunggal.
AMD dakwa cip ini 24% lebih berkuasa daripada Intel Core i9-13900K dalam gaming. Malahan, benchmark yang ditunjukkan cip ini juga hampir mengalahkan cip terunggul siri Raptor Lake dan KS.
Manakala, AMD Ryzen 9 7900X3D mempunyai 12 teras dan 24 bebenang yang mampu beroperasi pada kelajuan 5.6GHz. Dan Ryzen 7 7800X3D pula mempunyai spesifikasi yang sama seperti pendahulunya (Ryzen 7 5800X3D), dengan 8 teras dan 16 bebenang tetapi mampu mencecah hingga 5.0GHz dalam kelajuan.
{suggest}
AMD menyatakan ketiga-tiga cip ini akan tersedia untuk dibeli pada Februari depan tetapi harga rasminya masih kekal misteri hingga kini.
Sumber: NoteBook Check
Gambar utama: GSMArena
Berkaitan
- Siri AMD Ryzen 7000 Dikhabarkan Mempunyai Kelajuan CPU Maksimum 5.85GHz
- Kelajuan 5.5GHz CPU Siri Ryzen 7000 Belum 'Overclock', Boleh Capai Lagi Laju
- AMD Dijangka Menawarkan Kotak Baharu Untuk Siri Ryzen 7000
- Beli CPU AMD, Dapat 'Game' Berharga RM239 Ini Dengan Percuma
- AMD Radeon RX 6400 Dilancarkan - Prestasi Setanding GTX 1650
- (Ulasan) AMD Radeon RX 6400 - Harga Mampu Milik, Prestasinya Kena Fikir Balik
- Jualan Mega Merdeka MSI Kembali, Rebat Hingga RM7000
- Komputer Riba Dengan Cip AMD 6nm Akan Dilancar, Bateri Tahan Sehingga 10 Jam
- (Ulasan) AMD Radeon RX 7900 XT - Prestasi 4K Yang 'Solid' Daripada 'Team' Merah
- AMD Dakwa Cip Baharu Mereka 30% Lebih Pantas Dari Apple M1 Pro