Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CEO Xiaomi Dedah Rahsia Bagaimana Syarikat Itu Mampu Menjual Produk Dengan Harga Murah

CEO Xiaomi Dedah Rahsia Bagaimana Syarikat Itu Mampu Menjual Produk Dengan Harga Murah

Diterbitkan Disember 7, 2017 · Dikemas kini Disember 7, 2017 oleh Helmi Samsuri

Apabila menyebut nama Xiaomi, perkara pertama yang terlintas difikiran adalah telefon pintar dilengkapi ciri-ciri menarik tetapi dijual pada harga yang berpatutan.

Seperti contoh, Xiaomi Mi 6 yang dikuasakan oleh Snapdragon 835  diperkenalkan pada harga RM1899. Manakala beberapa peranti lain yang turut menggunapakai cip pemprosesan sama dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Bagaimana Xiaomi mampu menawarkan peranti pada harga rendah?

Menurut CEO syarikat, Lei Jun, sebab utama syarikat itu berupaya menawarkan peranti pada harga yang murah adalah kerana mereka menjualnya 1.5 kali ganda dari kos pengeluaran. Berbeza dengan syarikat pengeluar yang lain dimana ada yang menjual 2.5 kali ganda dari kos peranti itu dihasilkan.

CEO Xiaomi Dedah Rahsia Bagaimana Syarikat Itu Mampu Menjual Produk Dengan Harga Murah

Harga jualan sesuatu produk itu biasanya ditentukan berdasarkan beberapa aspek seperti kos bahan mentah, penghasilan, penyelidikan, margin keuntungan dan beberapa kos lain. Bagi membolehkan Xiaomi menawarkan peranti dengan harga yang berpatutan, Jun menyatakan syarikat beliau menurunkan margin keuntungan.

Selain daripada itu, syarikat tersebut turut menghasilkan peranti dalam jumlah besar supaya bahan mentah dapat dibeli secara borong dengan harga yang lebih murah, seterusnya mengurangkan kos penghasilan.

CEO Xiaomi Dedah Rahsia Bagaimana Syarikat Itu Mampu Menjual Produk Dengan Harga Murah

Lei Jun juga memberi contoh pada awal pengeluaran powerbank, mereka mengeluarkannya dengan kualiti yang rendah dan didagangkan pada harga 200 Yuan (~RM123). Selepas itu mereka memperkenalkan pula Powerbank yang lebih berkualiti tinggi serta dijual pada harga 69Yuan (~RM42) dan tidak sampai setahun Xiaomi berjaya memegang pasaran dan menjadi nombor satu di China.

Sumber: Kompas.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY