Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jack Dorsey Twitter

CEO Twitter Letak Jawatan, Mahu Twitter Jadi Syarikat Paling Telus Di Dunia

Diterbitkan November 30, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

CEO Twitter, Jack Dorsey mengumumkan di platform miliknya bahawa dia meletakkan jawatan sebagai CEO Twitter selepas 16 tahun perkhidmatan. Jawatan tersebut akan diisi oleh Parag Agrawal berkuat kuasa serta-merta.

Jack dalam tangkap layar e-melnya mengatakan dia percaya Twitter perlu bergerak bebas daripada pengaruh pengasasnya untuk menjadi syarikat yang lebih hebat dan sekarang ialah waktunya.

Beliau juga meletakkan Parag Agrawal sebagai sebab pertama beliau meletakkan jawatan. Jack yakin dengan kemampuan Parag yang sebelum ini terlibat sama dalam keputusan-keputusan besar syarikat. Parag dipilih sendiri oleh Jack untuk mengemudi Twitter dan mereka mempunyai perjalanan kerjaya yang lebih kurang sama.

Parag memulakan kerjayanya di Twitter sebagai jurutera iklan, seterusnya ketua pegawai teknologi dan kini sebagai ketua pegawai eksekutif.

Selain itu, Jack mengakhiri e-melnya dengan meluahkan bahawa beliau mahu Twitter menjadi syarikat paling telus di dunia. Bagaimanapun, Jack akan kekal dalam lembaga syarikat sehingga sekitar Mei bagi membantu transisi pentadbiran baru ini.

Baca juga:

  • WhatsApp Akan Ada Fungsi Cipta Sticker Dalam Aplikasi
  • Instagram Akan Hadir Dengan Dua Ciri Baru Termasuk “Rage Shake” Mirip WeChat
  • Demi Adele, Spotify Buang Ciri Shuffle Pada Album Yang Dimainkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY