Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-10T154616.813

CEO OpenAI Dan HuffPost Rancang Tawar Pemantauan Kesihatan Guna AI

Diterbitkan Julai 11, 2024 · Dikemas kini Julai 11, 2024 oleh Muhd Idham

Berdasarkan laporan baru-baru ini, CEO kepada organisasi OpenAI, Sam Altman dan HuffPost (Huffington Post), Arianna Huffington telah mengumumkan kerjasama mereka dalam membina sebuah syarikat Thrive AI Health dengan sasaran membekalkan bantuan penjagaan kesihatan dalam bentuk nasihat.

Sudah semestinya, penglibatan CEO OpenAI dalam pembangunan syarikat itu akan menampilkan produk yang berasaskan teknologi kecerdasan buatan daripada OpenAI Venture Foundation dan syarikat kesihatan Thrive Global.

Konsep yang ingin mereka terbitkan adalah jurulatih AI yang mampu memberikan nasihat serta cadangan penjagaan kesihatan berdasarkan pemerhatian daripada cara seseorang individu itu mempraktikkan tidur, cara pemakanan, gaya kecergasan, pengurusan tekanan dan sosial harian mereka.

Kerjasama antara dua organisasi ini juga menyasarkan penglibatan Stanford University School of Medicine (SOM) untuk membekalkan platform data kesihatan lalu menerapkannya dalam bentuk satu aplikasi untuk peranti mudah alih.

Dari semasa ke semasa, ia akan bertindak secara spontan seperti mengarahkan individu untuk mengambil jus lemon pada 3 petang bagi menggantikan gelas ketiga soda mereka.

Selain itu, mengarahkan individu untuk mengambil rehat pada pukul 10 malam kerana mereka perlu bangun pada pukul 6 pagi keesokan harinya.

Huffington dan Altman juga berharap yang inisiatif ini dapat direalisasikan agar ramai individu di seluruh dunia terhindar daripada penyakit yang boleh dielakkan.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Operasi Berjalan Seperti Biasa Pada Masa Ini - Raiz Malaysia
  • Microsoft Naikkan Harga Langganan PC Game Pass
  • Malaysia Airlines Dedah Rekaan Grafik Baharu Pada Pesawat Airbus A330Neo
  • Ini Sebabnya Kenapa Anda Patut Pilih Apple Music Berbanding Spotify

Sumber: verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY