Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Dan SES Teroka Servis Ketersambungan Satelit MEO Di Seluruh Malaysia

CelcomDigi Dan SES Teroka Servis Ketersambungan Satelit MEO Di Seluruh Malaysia

Diterbitkan Mac 1, 2024 ยท Dikemas kini Mac 1, 2024 oleh ariff bukhari

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan peneraju penyedia rumusan kandungan ketersambungan satelit, SES telah memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai perkongsian strategik untuk meneroka kaedah menyediakan ketersambungan satelit menggunakan satelit Medium-Earth-Orbit (MEO) dan Geosynchronous Equatorial Orbit (GEO) milik SES untuk perniagaan dan komuniti di Malaysia.

Di bawah MoU ini, CelcomDigi menerusi subsidiarinya, akan berkolaborasi dengan SES untuk meneroka pembangunan gerbang tempatan bagi perkhidmatan Komunikasi Sateliti (SatCom) di Malaysia.

SES dan CelcomDigi akan meneroka cara memanfaatkan sateliti GEO dan MEO milik SES dengan infrastruktur CelcomDigi, seperti rangkaian yang dikendalikan oleh Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd, untuk menyediakan perkhidmatan ketersambungan satelit bergred perusahaan dengan daya pengeluaran tinggi, kependaman rendah dan perjanjian tahap perkhidmatan (SLA) yang komited.

SES memiliki dan mengendalikan 70 satelit, yang mana 26 daripadanya adalah sateliti MEO. Satelit MEO milik SES mengorbit 8,000 km di atas Bumi bagi menyediakan perkhidmatan ketersambungan maya berprestasi tinggi di mana-mana sahaja di dunia.

CelcomDigi akan meneroka kaedah perkhidmatan ketersambungan seperti 4G, 5G, SDWAN dan Wi-Fi terurus boleh disampaikan menerusi teknologi satelit SES.

Berkaitan

  • CelcomDigi Lancar Pelan Prabayar 5G Baharu, Pas Bulanan Serendah RM25
  • Teknologi Dari Alibaba, EMO AI Ini Buatkan Gambar Boleh Nyanyi Dan Bercakap
  • Chelsea vs Liverpool Carian Paling Trending Di Malaysia Pada Februari 2024

Sumber: Siaran media CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY