CelcomDigi Bekerjasama Dengan Jenama Terkemuka, Pelanggan Boleh Dapat TV Samsung 75 Inci, PS5 Dan Banyak Lagi

Bersempena dengan pengenalan pelan internet CelcomDigi fibre berkelajuan tinggi dari 500Mbps hingga 1Gbps, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah bekerjasama dengan jenama terkemuka seperti Samsung, Sony, Hisense, Xiaomi dan lain-lain bagi membawakan penyelesaian pintar dan penawaran pengalaman Internet berkualiti tinggi kepada pemain dalam talian, streamer dan pemilik rumah.

Pelan internet CelcomDigi fibre baharu dan penawaran tambahan ini adalah sebahagian daripada rancangan CelcomDigi untuk membantu mentakrifkan semula pengalaman Internet rumah kepada semua rakyat Malaysia dengan menyediakan pelbagai pilihan kelajuan gentian ultra pantas yang berpatutan kepada pelanggan.

Tambahan eksklusif ini menawarkan peluang kepada pelanggan CelcomDigi untuk memperkayakan pengalaman rumah mereka apabila digandingkan bersama internet CelcomDigi fibre rumah ultra pantas dan tanpa had.

Antaranya adalah pelanggan CelcomDigi fibre secara eksklusif boleh mendapatkan konsol PS5 Edisi Digital berserta dengan langganan PlayStation Plus Deluxe selama 24 bulan, dapat tv Samsung Crystal 4K UHD TV 75 inci apabila mereka gandingkan CelcomDigi fibre dengan rangkaian pilihan TV Pintar 4K yang diperluas daripada RM2/hari serta banyak lagi.



Pelan CelcomDigi fibre 500Mbps boleh didapati dengan bayaran bulanan hanya pada harga RM169 (RRP RM219), 800Mbps pada RM249 (RRP RM299) dan 1GBps pada RM269 (RRP RM319).

Tetapi jika anda mencari Pelan CelcomDigi fibre yang lebih renda iaitu pada kelajuan 50Mbps, 100Mbps dan 300Mbps, ia masih boleh didapati dari serendah RM75 sebulan.

Untuk info lanjut tentang tawaran tambahan eksklusif ini, layari laman rasmi CelcomDigi fibre.

{suggest}

Sumber: Siaran media CelcomDigi