Celcom Akan Kemaskini Sistem Bil Pada 11 November Ini

Celcom sebentar tadi telah memaklumkan bahawa mereka akan menjalakan kemaskini naik taraf pada sistem bil pada Ahad ini.

Kerja-kerja naik taraf akan dijalankan bermula 11 November 2018 (8 Malam) sehingga 12 November 2018 (9 Pagi).



Ketika proses itu dijalankan pengguna masih boleh melakukan panggilan, menerima panggilan, melayari internet, SMS dan perayauan antarabangsa.

Walaubagaimanapun sistem tambah nilai pra-bayar, pembayaran bil pasca bayar dan langganan pas perayauan tidak boleh diakses.

Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, Celcom menyarankan tambah nilai serta pembayaran bil dibuat sebelum tarikh yang dinyatakan.