Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bateri EV

CATL Bagi ‘Hint’, Bateri EV Mampu Bertahan Sehingga 16 Tahun Atau 2 Juta Km

Diterbitkan Julai 18, 2024 · Dikemas kini Julai 18, 2024 oleh ariff bukhari

Contemporary Amperex Technology Co., Limited, atau singkatannya CATL yang merupakan syarikat pembuat bateri terbesar di dunia dari China ingin meredakan sebarang kebimbangan yang anda jangka tentang hayat bateri EV.

Pengeluar bateri EV terbesar itu telah mengeluarkan video baharu yang mendakwa bahawa pek Bateri Servis Panjang (Long-Service-Life Battery) mereka boleh bertahan sehingga 16 tahun atau bersamaan dengan pemanduan sejauh 1.24 juta batu (2 juta kilometer.).

CATL dalam video pemasaran mereka secara ringkas menyenaraikan beberapa teknologi utama yang dibangunkan mereka berkaitan dengan kimia yang membolehkan hayat bateri lithium-ion dipanjangkan dengan ketara.

Pertama ialah “teknologi penggunaan litium rendah,” yang menstabilkan permukaan dan struktur bahan anod. Kedua ialah, filem pasif sendiri telah disesuaikan untuk elektrod katod— yang dipanggil “teknologi Salutan FIC.”

teknologi bateri EV catl
teknologi bateri EV catl
teknologi bateri EV catl

Ketiga ialah “elektrolit pembaikan kendiri bionik”, yang boleh membalikkan beberapa degradasi dalam filem solid electrolyte interphase (SEI).

Elektrolit juga mempunyai pelbagai lapisan, untuk membantu meminimumkan degradasi.

CATL juga meningkatkan hayat bateri dengan beberapa penyelesaian mekanikal. Menurut CATL, elektrod di dalam baterinyanya akan menebal apabila bateri digunakan.

Syarikat itu membangunkan sistem Pengurusan Daya Pengembangan Fleksibel untuk mengurus daya pengembangan sel secara adaptif dan meminimumkan tekanan.

teknologi bateri EV catl

Laman sesawang syarikat itu dengan jelas menyatakan bahawa jaminan bateri untuk EV penumpang adalah lapan tahun, atau kira-kira 500,000 batu (800,000 km).

CATL telah melancarkan jenama bateri EV yang baru dilancarkan untuk aplikasi komersial—CATL Tianxing—dilindungi oleh waranti 8 tahun/800,000 kilometer.

Sebagai pengeluar bateri EV terbesar di dunia, CATL menjadi pembekal bateri kepada syarikat-syarikat pembuat EV terkemuka termasuklah Tesla, BYD, Hyundai, Toyota, Volkswagen dan lain-lain.

https://www.youtube.com/watch?v=0cyz5vXd-xY&ab_channel=CATL

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Tesla Dedah Data Purata Kemerosotan Bateri Model S, 3, X Dan Model Y Selepas 322,000 KM
  • Electrify America Mula Mengehadkan Pengecasan Bateri EV Kepada 85% Sahaja

Sumber: InsideEVS, CATL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY