Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Carl Pei Sahkan Beliau Tidak Lagi Bersama OnePlus, Mahu Berehat Sebentar Dari Dunia Teknologi

Carl Pei Sahkan Beliau Tidak Lagi Bersama OnePlus, Mahu Berehat Sebentar Dari Dunia Teknologi

Diterbitkan Oktober 17, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 17, 2020 oleh Meor Hasyim

Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan beberapa laporan yang mengatakan pengasas bersama OnePlus, Carl Pei sudah meninggalkan syarikat tersebut.

Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dari syarikat tersebut dan juga Carl Pei sendiri berkemungkinan mahu memfokuskan kepada pelancaran OnePlus 8T terlebih dahulu.

Hari ini, Carl Pei sendiri telah memuat naik kenyataan rasmi di forum OnePlus tentang status beliau bersama syarikat tersebut.

Thank you. @PeteLau @oneplus https://t.co/2RD9AdyWhO

— Carl Pei (@getpeid) October 16, 2020

Dalam satu nota panjang, beliu sendiri mengesahkan beliau sudah tidak lagi bersama OnePlus setelah tempoh 7 tahun.

Faktor pemergiannya adalah lebih kepada faktor peribadi iaitu mahu fokus kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Umum mengetahui, Carl Pei menjadi pengasas bersama dalam usia yang muda jadi kini beliau ingin berehat sebentar setelah berada dalam arena teknologi telefon pintar agak lama.

OnePlus seperti yang kita tahu tidak mempunyai sejarah yang panjang kerana kewujudannya dalam industri boleh dikatakan setahun jagung jika dibandingkan dengan nama besar seperti Apple, Samsung, ataupun Huawei.

Namun begitu, falsafah yang tepat dan juga strategi pemasaran yang betul menjadikan syarikat ini antara yang disebut-sebut dan kini makin dikenali oleh kebanyakan pengguna telefon pintar.

Jika anda mahu membaca nota penuh yang dimuat naik oleh Carl Pei, boleh ke pautan ini.

Sumber: OnePlus Forum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY