Cara Untuk Menyemak Direct Debit CIMB

Sebelum ini, tular di laman Twitter mengenai beberapa pelanggan CIMB Bank yang berkongsi kebimbangan mengenai beberapa transaksi debit langsung melalui aplikasi atau laman sesawang CIMB Clicks.

Bagaimanapun, CIMB Bank menyatakan transaksi debit langsung dalam akaun pelanggan adalah transaksi kad debit yang sah. Ia termasuk transaksi langganan atau perkhidmatan penstriman dalam talian. Walaupun ia transaksi yang sah, namun anda mungkin tidak menyedari langganan yang telah dibuat.

Jadi, bagaimana untuk memastikan sama ada anda mempunyai langganan atau tidak bagi akaun CIMB? Ikuti langkah di bawah ini.



Buka pelayar Chrome dan pergi ke laman sesawang CIMB Clicks.



Kemudian, pastikan pelayar tersebut dalam mod desktop dengan klik pada Desktop View di bahagian log masuk CIMB Clicks. Sebagai alternatif, anda juga boleh ke tiga titik dan Request Desktop Site.

Semak langganan CIMB Clicks

Setelah itu, log masuk ke akaun CIMB Clicks. Pada bahagian menu, pilih ikon bag atau Services.



Seterusnya, klik pada Direct Debit Authorization di bahagian Accounts & Cards.



Akhir sekali, tekan pada nombor akaun untuk menyemak jika anda melanggan perkhidmatan debit langsung.

Semoga bermanfaat.

 

Berkaitan