Cara Untuk Mengatasi Sambungan Internet Yang Sering Putus Atau Perlahan

Masalah sambungan internet yang sering terputus pada peranti Pintar sangat kerap terjadi. Perkara ini adalah normal terutamanya kepada sambungan internet Mudah alih, terutamanya penggunaan di dalam rumah ataupun bangunan.

Oleh itu, jangan panik sekiranya sambungan internet telefon pintar anda tiba-tiba putus. Berikut kami kongsikan beberapa kaedah yang boleh dicuba untuk memulihkan sambungan data yang bermasalah.

1.Semak Data Plan limit

Bagi peranti pintar yg sudah ditetapkan had penggunaan data, akan menyekat sambungan internet sekiranya penggunaan telah melebihi had yang di tetapkan. Oleh itu pastikan anda mematikan data plan limit yang terdapat pada Settings > Data Usage.



2.Restart Akses Data

Masuk ke menu berikut kemudian matikan fungsi data selama beberapa saat dan hidupkannya kembali. Kaedah ini akan menyebabkan sambungan data anda di "Refresh" dan sambungan akan kembali pulih.



3.Reset APN

Selain restart akses jaringan selular, anda juga boleh mengatasi masalah internet yang tiba-tiba putus dengan melakukan reset APN. Untuk melakukan reset APN anda hanya perlu masuk ke Settings > Mobile Networks > Access Point Name, kemudian tap pada bagian kanan atas layar untuk melakukan reset APN.



4.Masuk ke mod Airplane 

Kaedah seterusnya yang boleh dicuba ialah dengan memasukkan peranti ke mod Airplane untuk beberapa saat, sama seperti cara ke 2, yang mana kaedah ini bertindak sebagai "System Refresh" sekaligus dapat memulihkan sambungan data yang bermasalah.



5.Factory Reset

Walaupun kedengaran agak ekstrim, namun cara ini boleh dicuba. Terdapat juga keadaan yang mana peranti yang sudah dijangkiti Malware ataupun virus yang mengganggu sambungan inernet peranti. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan melakukan Factory Reset yang terdapat pada menu Setting.



 

Itu sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, diharap dapat membantu.