Cara Untuk Kembalikan Fungsi Windows 10 Seperti Baru

Windows 10 merupakan Sistem Operasi terkini daripada Microsoft, walaupun dikatakan masih belum mampu untuk menandingi produk keluaran Apple, ianya telah banyak dinaik taraf berbanding dengan versi windows yang sebelum ini. Memang seronok menggunakan windows 10 kerana banyak aplikasi yang menarik disediakan dan kemampuannya untuk memproses data juga jauh lebih laju berbanding windows sebelumnya. Walaupun begitu, ianya juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah seperti windows korup, virus dan sebagainya. Sekiranya bermasalah maka kemampuanya untuk memproses dan kelancaranya akan terjejas.

Berikut kami kongsikan langkah-langkah yang boleh anda ikuti untuk mengembalikan windows 10 seperti baru.

Langkah 1

Masuk ke menu "Setting" melalui "start menu".



Langkah 2

Pilih menu "Update & Security".



Langkah 3

Seterusnya pilih menu "Recovery" pada panel kiri.



Langkah 4

Pilih menu "Get Started"

 



Langkah 5

Seterusnya akan muncul paparan berikut. Anda akan diminta untuk memilih sama ada "Keep My Files" atau "Remove Everything". Hati-hati, jangan tersilap pilih ya, sekiraya anda ingin masih ingin mengekalkan segala data atau maklumat dalam PC anda, pastikan pilih menu "keep My Files"



Sekiranya anda memilih "Remove Everything" maka akan muncul paparan berikut, Sekiranya anda masih ingin menggunakan PC tersebut, admin nasihatkan anda pilih menu "just remove my files". Kerana menu yang satu lagi akan menyebabkan PC anda di "bersihkan" sepenuhnya, sesuai sekiranya anda ingin menyerahkannya kepada orang lain.



Langkah 6

Seterusnya klik "next" pada paparan ini.



Langkah 7

Pilih menu "Reset"



Langkah 8

Setelah semuanya selesai, maka akan muncul menu ini. Pilih "continue"



Maka proses untuk memulihkan windows 10 selesai. Kaedah ini sama dengan fungsi yang digunakan oleh peranti Android untuk "Reset", tak perlu lagi untuk anda "reinstall" windows seperti yang dilakukan pada windows 7 dan versi-versi yang sebelumnya. Semoga bermanfaat.