Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Kembalikan Fungsi Windows 10 Seperti Baru

Cara Untuk Kembalikan Fungsi Windows 10 Seperti Baru

Diterbitkan Julai 29, 2017 ยท Dikemas kini Julai 29, 2017 oleh Tips Gajet

Windows 10 merupakan Sistem Operasi terkini daripada Microsoft, walaupun dikatakan masih belum mampu untuk menandingi produk keluaran Apple, ianya telah banyak dinaik taraf berbanding dengan versi windows yang sebelum ini. Memang seronok menggunakan windows 10 kerana banyak aplikasi yang menarik disediakan dan kemampuannya untuk memproses data juga jauh lebih laju berbanding windows sebelumnya. Walaupun begitu, ianya juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah seperti windows korup, virus dan sebagainya. Sekiranya bermasalah maka kemampuanya untuk memproses dan kelancaranya akan terjejas.

Berikut kami kongsikan langkah-langkah yang boleh anda ikuti untuk mengembalikan windows 10 seperti baru.

Langkah 1

Masuk ke menu “Setting” melalui “start menu”.

Cara Untuk Kembalikan Fungsi Windows 10 Seperti Baru

Langkah 2

Pilih menu “Update & Security”.

Cara Untuk Kembalikan Fungsi Windows 10 Seperti Baru

Langkah 3

Seterusnya pilih menu “Recovery” pada panel kiri.

Cara Untuk Kembalikan Fungsi Windows 10 Seperti Baru

Langkah 4

Pilih menu “Get Started”

 

Cara Untuk Kembalikan Fungsi Windows 10 Seperti Baru

Langkah 5

Seterusnya akan muncul paparan berikut. Anda akan diminta untuk memilih sama ada “Keep My Files” atau “Remove Everything”. Hati-hati, jangan tersilap pilih ya, sekiraya anda ingin masih ingin mengekalkan segala data atau maklumat dalam PC anda, pastikan pilih menu “keep My Files”

Cara Untuk Kembalikan Fungsi Windows 10 Seperti Baru

Sekiranya anda memilih “Remove Everything” maka akan muncul paparan berikut, Sekiranya anda masih ingin menggunakan PC tersebut, admin nasihatkan anda pilih menu “just remove my files”. Kerana menu yang satu lagi akan menyebabkan PC anda di “bersihkan” sepenuhnya, sesuai sekiranya anda ingin menyerahkannya kepada orang lain.

Cara Untuk Kembalikan Fungsi Windows 10 Seperti Baru

Langkah 6

Seterusnya klik “next” pada paparan ini.

Cara Untuk Kembalikan Fungsi Windows 10 Seperti Baru

Langkah 7

Pilih menu “Reset”

Cara Untuk Kembalikan Fungsi Windows 10 Seperti Baru

Langkah 8

Setelah semuanya selesai, maka akan muncul menu ini. Pilih “continue”

Cara Untuk Kembalikan Fungsi Windows 10 Seperti Baru

Maka proses untuk memulihkan windows 10 selesai. Kaedah ini sama dengan fungsi yang digunakan oleh peranti Android untuk “Reset”, tak perlu lagi untuk anda “reinstall” windows seperti yang dilakukan pada windows 7 dan versi-versi yang sebelumnya. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress