Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
piala dunia qatar 2022 4

Cara Tonton Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Secara Percuma Di Telefon

Diterbitkan November 21, 2022 ยท Dikemas kini November 21, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Usai melaksanakan tanggungjawab PRU15, kini rakyat Malaysia boleh menikmati kejohanan sukan terkemuka dunia iaitu Piala Dunia FIFA Qatar 2022 melalui skrin telefon mereka secara percuma.

Untuk Piala Dunia kali ini, RTM dan Astro telah menjadi penyiar rasmi kejohanan tersebut.

Berkaitan

  • EA Tak Mahu Pemain PC Main Tipu, FIFA 23 Bakal Hadir Dengan Sistem 'Anti-Cheat'
  • Kenali Apa Itu FUP Dan Kenapa Ia Disertakan Dalam Pelan Internet 'Unlimited'
  • Pernah Diangkat Sebagai "Steve Jobs Ke-2", Elizabeth Holmes Dijatuhi Hukuman Penjara Lebih 11 Tahun

Jadi, anda boleh tonton perlawanan langsung Piala Dunia Qatar 2022 di:

  • TV2
  • TV Okey
  • Sukan RTM
  • Astro Sport

Seperti anda boleh agak, hanya saluran RTM saja yang boleh ditonton secara percuma.

Pun begitu, RTM menyiarkan 41 perlawanan Piala Dunia 2022 di mana 27 daripadanya ialah siaran langsung dan 14 siaran tertunda.

piala dunia qatar 2022 (1)

Jika anda mahu tonton kesemuanya dalam mod siaran langsung, terpaksalah berbelanja dengan melanggan Astro.

Cara tonton Piala Dunia secara percuma di telefon pintar

Anda boleh layarinya dan tonton Piala Dunia Qatar melalui laman web RTMKlik atau juga aplikasi RTMKlik yang boleh dimuat turun di:

  • App Store
  • Play Store
  • AppGallery

Selepas muat turun, buka aplikasi dan daftar masuk. Atau, pilih saja ‘Pelawat’ kalau tidak mahu daftar akaun.

piala dunia qatar 2022 (1)

Melaluinya, ketika perlawanan sedang dilangsungkan, anda boleh pilih sama ada menonton di TV2 atau TV Okey.

Siaran ulangan biasanya tersedia melalui saluran Sukan RTM.

piala dunia qatar 2022 (3)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S โ€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY