Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Semak Kesihatan Storan SSD

Cara Semak Kesihatan Storan SSD

Diterbitkan September 9, 2024 oleh Rushsyafizal

Memantau kesihatan storan SSD penting bagi memastikan data berada dalam keadaan yang selamat, ia juga boleh mengelakkan daripada berlakunya kegagalan yang tidak dijangka.

Oleh itu, terdapat  beberapa kaedah yang boleh anda gunakan untuk memeriksa kesihatan SSD anda sendiri.

1. Pemeriksaan Kesihatan SSD Melalui ‘Windows Settings’

Cara asas untuk melihat keadaan SSD adalah melalui tetapan Windows. Walaupun ia hanya memberikan gambaran umum, ia boleh membantu anda mengenal pasti masalah awal.

Langkah 1: Buka Windows Settings dengan menekan kekunci Windows + I, kemudian pergi ke System > Storage.

Langkah 2: Skrol ke bawah dan klik Advanced storage settings, kemudian pilih Disks & volumes.

Langkah 3: Pilih SSD anda daripada senarai dan klik Properties. Anda boleh melihat maklumat asas seperti baki jangka hayat SSD, ruang yang ada, dan suhu.

Screenshot 2024-09-09 143406

2. Gunakan ‘Windows Command Prompt’

Untuk pemeriksaan pantas, Command Prompt boleh memberikan tindak balas jika SSD anda berkemungkinan mengalami masalah.

Langkah 1: Buka Start Menu, taip “Command Prompt”, klik kanan pada hasil carian, dan pilih Run as administrator.

Langkah 2: Masukkan arahan berikut dan tekan Enter:

Screenshot 2024-09-09 142421

Jika hasilnya menunjukkan “OK”, SSD anda dalam keadaan baik. Jika “Pred Fail”, ia menunjukkan masalah dan anda harus membuat sandaran data segera.

3. Gunakan Aplikasi

Terdapat beberapa aplikasi yang boleh dipercayai untuk memeriksa kesihatan SSD anda termasuk:

Crystal Disk Info dan HWiNFO dapat memberikan penilaian menyeluruh mengenai kesihatan SSD anda termasuk status kesihatan, jumlah jam operasi, dan jumlah data yang ditulis. Anda boleh memuat turun dari laman rasmi dan menjalankannya untuk melihat keadaan SSD.

Screenshot 2024-09-09 144503
HWiNFO
Screenshot 2024-09-09 142116
Crystal Disk Info

Dengan memantau kesihatan SSD secara berkala menggunakan cara ini, anda boleh mengenal pasti masalah lebih awal serta mengelakkannya daripada menjadi lebih serius. Langkah proaktif ini dapat membantu memanjangkan jangka hayat SSD anda dan melindungi fail penting anda.

Berkaitan

  • Cip Snapdragon X Plus Dijangka Diumum Di IFA, Mungkin Ini Spesifikasinya
  • Telefon Android Atasi iPhone, Kuasai Lebih Separuh Pasaran Asia Pasifik - Kajian
  • Pengguna Di Thailand Saman Samsung Berkaitan Kecacatan Paparan Bergaris Hijau
  • Grab Indonesia Tambah 1,000 EV Lagi, Majoritinya Dari BYD
  • Jeff Bezos Dilaporkan Beli Jet Peribadi Ke-4, Mampu Terbang Hampir Kelajuan Bunyi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY