Cara Mudah Minta Duit Melalui Aplikasi MAE

Sejak Disember 2022, perkhidmatan DuitNow Request telah tersedia melalui aplikasi MAE. Melalui ciri ini, pengguna boleh meminta wang, 'angpau' daripada rakan, keluarga atau kutip hutang dengan cara yang mudah.

{suggest}

Untuk mengetahui cara meminta wang atau menerima permintaan di aplikasi MAE, ikut langkah di bawah.

Cara minta duit di aplikasi MAE


1. Buka aplikasi MAE dan di bahagian "Quick Actions" leret ke kiri.

2. Tekan "Send & Request" dan pilih "DuitNow Request".



3. Masukkan kata laluan dan isikan butiran permintaan. Tekan "Continue". Kemudian, masukkan jumlah permintaan.



4. Di langkah seterusnya, tekan "Send Now" dan "Approve" untuk pengesahan Secure2u. Selesai.

Cara terima permintaan wang


Penerima akan menerima notifikasi sama ada melalui push notification, e-mel dan sebagainya. Untuk menerima atau menolak permintaan berkenaan, ikut langkah di bawah.

1. Pada bahagian "Quick Actions" di aplikasi MAE, leret ke kiri dan pilih "Send & Request".

2. Di tab "Pending", klik permintaan DuitNow yang berkaitan.



3. Akhir sekali tekan "Pay Now" untuk bayar. Jika ingin menolak permintaan tekan pada tiga titik, pilih "Reject Request" dan sahkan.


Siapa yang boleh guna DuitNow Request?


Maybank menjelaskan sesiapa sahaja yang mempunyai DuitNow ID/nombor akaun bank di bawah boleh menggunakan DuitNow Request:

  • Maybank

  • Standard Chartered Bank

  • Standard Chartered Saadiq Berhad

  • Bank Islam

  • Bank Muamalat

  • Citibank

  • HSBC

  • HSBC Amanah

  • OCBC

  • OCBC Al-Amin


Pengguna tidak boleh menghantar DuitNow Request kepada DuitNow ID/nombor akaun bank yang tidak tersenarai di atas. Jika ingin menghantar melalui nombor telefon, pastikan ia dipautkan dengan akaun bank berkaitan.

Itu sahaja tips kali ini, semoga bermanfaat.