Cara Mudah Jimatkan Storan Peranti Dengan Menggunakan Google Photo Tanpa Had

Dilancarkan pada 2015, Google Photo merupakan perkhidmatan storan awan yang membolehkan anda mendapatkan semula storan peranti. Dengan aplikasi ini, ia membolehkan anda menyimpan atau back up foto, video dan tangkap layar yang diambil menggunakan telefon anda. Ia juga berfungsi pada kedua-dua peranti Android dan iOS.

Namun, mungkin masih ada di antara anda yang tertanya-tanya bagaimana untuk menggunakan aplikasi ini untuk membuat back up bagi foto dan video dalam telefon anda. Ikuti langkah mudah di bawah ini.

Bagi anda yang masih belum mempunyai aplikasi Google Photo, muat turun di App Store atau Google Play.



Kemudian, pergi ke "Setting" dan pilih "Backup & Sync".

Google Photo

Aktifkan "Backup & Sync" dan tandakan penggunaan data untuk backup foto dan video supaya fail anda masih dapat disimpan tanpa penggunaan Wi-Fi. Di bahagian "Upload size", tandakan "High quality (free unlimited storage)". Ia bertujuan supaya anda dapat memuat naik fail backup tersebut tanpa had.



Seterusnya, fail anda akan mula disimpan dalam aplikasi Google Photo. Bagi fail yang sudah selamat disimpan, anda boleh memadam fail tersebut dengan menekan gambar profil atau simbol tiga titik di bahagian atas dan pilih "items to delete from this device".

Dengan memadam fail yang sudah selamat disimpan dalam Google Photo, anda boleh mendapatkan semula storan dan menjimatkan penggunaan ruang simpanan peranti. Bagi mendapatkan semula storan iPhone dengan cara lain, anda boleh mencuba cara ini. 

Semoga bermanfaat.

Berkaitan