Ruang Penyimpanan iPhone Penuh? Ini Cara Untuk Mendapatkan Semula Storan

Pengguna iPhone pasti ramai yang tidak tahu dan masih tertanya-tanya sehingga ke hari ini mengapa storan di dalam telefon pintar mereka lebih banyak menyimpan fail "Other" berbanding yang lain.

Apa itu "Other" dalam storan anda?

Ia bukanlah satu aplikasi, tetapi merupakan tetapan sistem operasi seperti contoh, data-data dalam aplikasi, cache, maps yang sudah anda muat turun dan lain-lain.

Penggunaan storan sebanyak 1GB untuk "Other" adalah perkara biasa buat semua iPhone.

Setelah penggunaan telefon yang agak lama, pastinya kapasiti memori di dalam iPhone anda akan menjadi makin sedikit sehinggakan nak memasang aplikasi baru dari App Store pun tidak lepas.

Lebih-lebih lagi anda akan mula mengalami masalah apabila tiba masa untuk kemaskini aplikasi yang sedia ada.

Macam mana nak selesaikan masalah storan ini?

1. Boleh lihat cara-cara di bawah:

  • Pertama, anda pergi ke Settings > General > iPhone Storage

  • Kemudian, anda akan lihat pecahan fail mengikut kategori dan saiznya

  • Jadi, anda perlu klik "Enable" dekat Offload Unused App untuk dapatkan ruang yang lebih banyak


Ruang Penyimpanan iPhone Penuh

2. Cara seterusnya adalah untuk membersihkan cache dalam Safari anda:

  • Pergi ke Settings > Safari > Clear History and Website Data




3. Cara berikutnya ini sangat sesuai untuk pengguna yang suka menyimpan mesej-mesej lama sehingga memakan ruang yang sangat banyak. Jadi, anda boleh bersihkan semua mesej lama yang sudah tidak digunakan itu dengan cara seperti:

  • Settings > Message > Keep Message > Kemudian pilih yang 30 hari ataupun 1 tahun




Jadi, tidak perlulah anda membazirkan ruang storan dengan menyimpan lagi mesej-mesej lama dari dua atau tiga tahun sebelumnya.

4. Cara lain yang boleh digunakan untuk mendapat semula ruang storan iPhone anda adalah:

  • Pergi semula ke pecahan fail storan iPhone anda dan lihat senarai aplikasi

  • Ada sesetengah aplikasi menyimpan cache dalam "Other", jadi anda harus membersihkan dengan cara manual

  • Buang aplikasi tersebut, dan memasangkan ia semula

  • Anda akan mendapat sedikit storan daripada cara ini


Ruang Penyimpanan iPhone Penuh

5. Cara terbaik untuk selesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan iTunes di Mac atau PC anda. Bahan yang diperlukan adalah iPhone, iTunes, kabel Lightning dan Wifi yang kuat. Cara-caranya:

  • Pastikan iTunes anda menjalankan perisian yang terkini

  • Sambungkan iPhone dengan komputer riba anda, pastikan anda klik "Allow/Trust", masukkan paskod di iPhone untuk proses ini dapat dibuat

  • Pastikan sebelum itu, anda dah buat back up segala fail di dalam iPhone untuk mengelakkan anda kehilangan data

  • Terus klik "Restore and Update"




Jadi, ini antara cara mudah untuk anda cuba mendapatkan semula ruang storan yang telah dibazirkan kepada data-data yang tidak penting. Proses ini lebih baik jika dapat dilakukan dengan menggunakan iTunes dan bukan semata di tetapan iPhone. Ia lebih stabil dan selamat.

 

 

 

Berkaitan