Cara Mudah Akses 'Extensions' Di Pelayar Google Chrome

Masih dalam peringkat eksperimental.


Google telah melepaskan kemas kini terbaru baru aplikasi pelayar Google Chrome 76. Dalam versi terbaru Chrome, Google ada memuatkan beberapa ciri menarik yang masih dalam peringkat percubaan tetapi boleh diakses penggunanya di bahagian Experiments.

Kapsyen: Versi terkini Google Chrome bagi pengguna macOS.


Pengguna Chrome boleh mengakses bahagian Experiments ini dengan memasukkan chrome://flags pada ruang URL.

Salah satu ciri baru yang masih dalam peringkat percubaan tetapi sudah boleh digunakan adalah pintasan yang memudahkan pengguna Chrome mengakses 'Extensions'.

Kapsyen: Taip pada ruang Search flags, Extensions Toolbar Menu.


Apabila anda mengaktifkan ciri Extensions Toolbar Menu, akan muncul satu ikon Extensions terus di paparan antaramuka Chrome.



Jadi dengan adanya pintasan menu Extensions ini, pengguna Chrome lebih mudah mengakses extensions yang ada dipasang pada pelayar Chrome mereka dengan lebih pantas.

Sebelum ini pengguna perlu mengaksesnya dari Bar Menu Window > Extensions atau dari Preferences > Extensions atau juga dari More Tools > Extensions.

Berkaitan