Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mohon Janji Temu Dalam Talian Sebelum Berurusan Di Jabatan Pendaftaran Negara

Cara Mohon Janji Temu Dalam Talian Sebelum Berurusan Di Jabatan Pendaftaran Negara

Diterbitkan September 3, 2020 · Dikemas kini September 3, 2020 oleh Amalina Athman

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mula memperkenalkan sistem MyJanjiTemu sejak 4 Jun yang lepas. Menurut JPN, semua perkhidmatan urus niaga perlu dibuat janji temu sebelum berurusan di pejabat JPN.

Oleh itu, di bawah ini kami sediakan beberapa langkah untuk memohon janji temu tersebut.

Mohon MyJanjiTemu

Cara Mohon Janji Temu Dalam Talian Sebelum Berurusan Di Jabatan Pendaftaran Negara

Layari portal MyJanjiTemu melalui pautan ini. Setelah memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat permohonan, tanda dan tekan pada “Seterusnya”.

isi myjanjitemu jpn

Pada bahagian Tempat & Perkhidmatan, pilih Negeri, Pejabat JPN dan Perkhidmatan untuk berurusan. Antara pilihan perkhidmatan yang tersedia adalah urusan kad pengenalan, kelahiran, kematian, anak angkat, perkahwinan, perceraian dan warganegara. Kemudian, tekan pada “Seterusnya”.

isi myjanjitemu jpn

Di bahagian Tarikh & Masa, pilih tarikh yang dikehendaki. Setelah itu, tekan “Semak” serta pilih dan tandakan pada slot yang masih kosong untuk membuat janji temu.

isi maklumat diri

Isi nama, nombor pengenalan diri, nombor telefon dan alamat e-mel dalam ruangan yang disertakan. Tekan “Hantar” setelah selesai mengisi maklumat tersebut.

isi myjanjitemu jpn

Setelah tempahan janji temu berjaya dilakukan, tekan “Slip Tempahan” untuk mencetak atau tangkap layar slip tersebut. Slip tempahan itu perlu dikemukakan ketika hadir ke Pejabat JPN yang dipilih sebagai bukti janji temu.

Sekiranya anda terlepas tarikh janji temu yang ditetapkan, permohonan akan terbatal secara automatik serta janji temu baru perlu dimohon semula.

Sumber: JPN

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY