Cara Menuntut e-Dompet RM50 Menerusi Aplikasi Boost

Dapatkan pelbagai kelebihan menerusi Boost.


Seperti semua sedia maklum, kerajaan telah pun mengumumkan bahawa insentif e-Dmpet RM50 melalui ePenjana sudah pun boleh ditebus dari hari ini menerusi 3 penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, GrabPay dan Touch 'n Go eWallet.

Cara menebus e-dompet tersebut adalah berbeza mengikut aplikasi yang anda gunakan.

Jadi di sini dikongsikan cara menebus e-dompet RM50 itu menerusi aplikasi Boost.

Untuk melayakkan anda menebus e-dompet RM50 menerusi aplikasi Boost, anda juga perlulah memuat turun dan telah mendaftar dalam aplikasi MySejahtera.


Untuk pengguna yang sudah sedia menggunakan Boost.


Sebelum menuntu e-Dompet tersebut, pastikan akaun Boost anda itu telah disahkan terlebih dulu untuk layak menuntut e-dompet RM50 itu.

Untuk menyemak akaun Boost anda disahkan ataupun tidak, tap pada ikon Profile di dalam aplikasi Boost dan pilih My Wallet.

 



 

Selepas akaun Boost disahkan, barulah anda dapat membuat tuntuan e-Dompet RM50 itu.



Selepas permohonan dibuat, e-Dompet RM50 itu akan dikreditkan ke dalam akaun Boost anda dalam tempoh 5 hari selepas permohonan dibuat.

Untuk pengguna yang pertama kali menggunakan aplikasi Boost.


Untuk pengguna yang pertama kali menggunakan aplikasi Boost dan mahu menuntut e-Dompet tersebut menerusi aplikasi ini, anda perlu memuat turun aplikasi Boost dan memasangnya ke dalam telefon pintar anda.

Kemudian selepas siap dipasang, anda tap pada ikon Profail dan pilih "My Wallet".

Kemudian di bahagian My Wallet, tap pada butang “Upgrade to Premium Wallet”.

 



Seterusnya, anda perlu memaut naik gambar Kad Pengenalan serta video pendek swafoto anda untuk pengesahan.



Malah anda juga perlu memasukkan kredit minimum RM20 ke dalam akaun Boost anda.



Selepas selesai kesemua di atas, anda perlu menunggu pengesahan akaun terlebih dulu (akan mengambil sedikit masa) sebelum akaun anda dapat dinaik taraf ke akaun Premium Boost.



Selepas proses pengesahan selesai, barulah anda dapat menuntut e-dompet RM50 tersebut.

Selamat mencuba.