Cara Meningkatkan Kualiti Audio Pada Android

Kepada yang sudah mencuba peranti pintar terkini Samsung S9+ semestinya akan merasa kagum dengan kualiti bunyi talaan AKG.

Bagi anda yang teringin untuk menikmati kualiti bunyi yang "Seakan" sama dengan peranti tersebut, berikut kami kongsikan satu kaedah mudah untuk menaik taraf kualiti bunyi pada peranti Android.

Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang aplikasi Equalizer & Bass Booster daripada Playstore.



 

Seterusnya buka aplikasi tersebut dan beri keizinan sekiranya diminta seperti gambar dibawah.



 

Beginilah rupa antara muka paparannya, anda boleh menetapkan tahap bunyi yang diinginkan dengan memutar ikon dalam kotak merah seperti berikut.



 

Anda juga boleh menetapkan Equalizer mengikut citarasa masing-masing, ataupun pilih sahaja pada menu "Preset" yang diberikan.



 

Setelah siap tetapan, anda boleh mencuba hasil bunyi terkini yang telah ditetapkan sebentar tadi dengan menekan butang seperti dalam kotak merah berikut.



 

Selesai, sekarang anda akan dapati kualiti bunyinya akan jelas ketara, apatah lagi apabila didengar melalui fon telinga.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.