Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Menghentikan SMS Langganan “Misteri” Berbayar

Posted on Mei 8, 2020Mei 8, 2020

Seiring dengan pembangunan teknologi mudah alih dan internet, penggunaan perkhidmatan SMS sudah tidak lagi digunakan sebagai medium komunikasi harian, namun kewujudannya masih lagi diperlukan bagi tujuan mesej makluman daripada pihak bank dan sebagainya.

Walaubagaimanapun perkhidmatan SMS sering kali dijadikan sebagai salah satu medium bagi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan “haram” dengan mengenakan langganan mingguan atau bulanan bagi perkhidmatan yang tidak sama sekali diketahui oleh pengguna.

Sebagai contoh, langganan permainan atas talian, horoskop, tips nombor ekor dan lain – lain yang mana caj akan dikenakan pada bil bulanan telco anda. Sekiranya berlakunya perkara tersebut, berikut langkah pertama yang boleh anda lakukan untuk menghentikan langganannya.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membalas kod berikut pada SMS yang diterima

  • STOP
  • UNSUBSCRIBE
  • END
  • QUIT
  • CANCEL

Anda boleh mula membalas dengan kod STOP, sekiranya tiada respon maka anda boleh membalasnya menggunakan kod mengikut aturan seperti diatas.

Sekiranya masih tidak berjaya, anda boleh cuba membuat panggilan kepada penyedia perkhidmatan telco anda untuk meminta bantuan.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress