Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menggunakan Watermark Bergambar Dalam Microsoft Word

Cara Menggunakan Watermark Bergambar Dalam Microsoft Word

Diterbitkan September 5, 2020 oleh Amalina Athman

Watermark adalah gambar latar pudar yang terpapar di belakang teks dalam dokumen. Anda boleh menggunakannya untuk menunjukkan keadaan dokumen seperti confidential, draft, dan sebagainya. Selain itu, watermark bergambar juga boleh digunakan bagi memaparkan logo syarikat dan lain-lain.

Bagi anda yang belum tahu, di bawah ini kami sediakan beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menambah watermark bergambar dalam dokumen Microsoft Word di komputer Windows dan MacOS.

Windows

gambar 7

Pertama, di bahagian tab “Design”, pilih “Watermark”.

word 2
word 3

Tekan pada “Custom Watermark”, kemudian tandakan “Picture Watermark” dan tekan pada “Select Picture“.

word 4

Setelah itu, pilih gambar dari folder komputer, carian Bing atau penstoran awan OneDrive. Setelah itu, tekan “Insert” untuk masukkan gambar tersebut.

Watermark microsoft word

Akhir sekali, di bahagian “Scale” tetapkan saiz watermark mengikut kesesuaian dan tekan Apply.

macOS

Watermark microsoft word

Pada tab “Design”, pilih “Watermark”.

Di bahagian kotak “Insert Watermark”, pilih Picture > Select Picture. Kemudian, pilih gambar yang ingin digunakan sebagai watermark.

Cara Menggunakan Watermark Bergambar Dalam Microsoft Word

Tetapkan Auto pada bahagian “Scale” dan tanda pada Washout. Akhir sekali tekan OK.

Watermark microsoft word

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY