Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Membayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Serta Kadar Zakat Fitrah 2020 Mengikut Negeri-Negeri Di Malaysia

Posted on April 22, 2020April 23, 2020

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, umat islam digalakkan membuat pembayaran zakat fitrah sepanjang bulan Ramadhan nanti melalui atas talian berbanding cara konvensional seperti sebelum ini iaitu menerusi amil yang dilantik.

Ia adalah penting sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19.

Berikut adalah platfom-platfom yang memudahkan umat islam di seluruh negeri di Malaysia membayar zakat fitrah secara atas talian serta kadar zakat fitrah mengikut negeri-negeri bagi tahun 2020 :-

1. Wilayah Persekutuan – RM5, RM7

  • portal Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) fitrah.zakat.com.my
  • Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (14 buah bank)
  • PayHalal
  • MyEG
  • GoPAYZ (akan datang)
  • Pos Online

Untuk info lanjut, layari laman rasmi Pusat Pungutan Zakat (PPZ)- MAIWP

2. Sarawak – RM7

  • Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek)
  • Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak (Android sahaja)
  • MyEG
  • Maybank2U
  • Aplikasi SnapNPay

Untuk info lanjut, layari laman muka TABUNG BAITULMAL SARAWAK

3. Sabah – RM6, RM7

  • Portal BZF Zakat Sabah https://appszakat.sabah.gov.my
  • Laman sesawang 14 Bank
  • JomPAY
  • MyEG
  • Aplikasi SnapNPay
  • Pos Online

Untuk info lanjut, layari laman muka KAEDAH BAYARAN, BAHAGIAN ZAKAT DAN FITRAH MUIS.

4. Terengganu – RM7

  • FPX melalui pautan http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/
  • Aplikasi SnapNPay

Untuk info lanjut, layari laman muka MAIDAM

5. Selangor – RM7, RM14, RM21

  • FPX melalui portal eZakatPay di pautan https://fpx.zakatselangor.com.my/
  • Aplikasi GoPayZ
  • Aplikasi Boost;
  • Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (9 buah bank)
  • Portal MyEG
  • Pos Online

Untuk info lanjut, layari laman Zakat Selangor.

6. Pulau Pinang – RM7, RM16

  • Menerusi laman rasmi 6 buah Bank
  • Pos Online
  • Aplikasi SnapNPay
  • JomPAY

Untuk info lanjut, layari laman Zakat Penang

7. Perlis – RM7

  • Aplikasi SnapNPay
  • Menerusi 3 perbankan internet (Bank Islam, CIMB, Maybank2u)
Untuk info lanjut, layari laman MAIPS

8. Perak – RM7, RM14, RM21

  • QRPay Maybank
  • Aplikasi SnapNPay
  • Aplikasi GoPayZ (akan datang)

Untuk info lanjut, layari laman MAIAMP.

9. Pahang – RM7
  • Bayaran atas talian FPX melalui https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/
  • Pembayaran menerusi 12 perbankan online
  • Pos Online
  • MyEG

Untuk info lanjut, layari laman Pusat Kutipan Zakat Pahang

10. Negeri Sembilan – RM7

  • portal www.zakatns2u.biz/fitrah
  • Aplikasi ZakatN9
  • Aplikasi SnapNPay
  • JomPAY
  • MyEG

Untuk info lanjut, layari laman Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan

11. Melaka – RM7, RM14

  • Laman sesawang izakat.com
  • QRPay Bank Muamalat

Untuk info lanjut, layari laman Zakat Melaka

12. Kelantan – RM7 (Namun, bayaran fitrah dengan kadar RM14 dan RM21 berdasarkan harga beras yang dimakan adalah digalakkan).

  • Financial Process Exchange (FPX) melalui https://zakat.e-maik.my/
  • Laman sesawang ejen-ejen bank (16 bank)
  • Aplikasi MyMaik eZakat Payment
  • Aplikasi SnapNPay

Untuk info lanjut, layari laman MAIK

13. Kedah – RM5, RM7, RM14, RM21

  • Laman sesawang Jom Zakat – https://jom.zakatkedah.com.my/
  • Laman sesawang Asnaf Care – https://asnafcare.com.my/
  • Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) – http://bit.ly/zotkdh (Android dan IOS)

Untuk info lanjut, layari laman Jom Zakat Kedah

14. Johor – RM7, RM10

  • Zakat Johor Online Payment https://epayment.maij.gov.my
  • FAST PAY http://fitrah.maij.gov.my
  • Johor Online Payment https://onlinepayment.johor.gov.my
  • Aplikasi SnapNPay

Untuk info lanjut, layari laman Zakat Johor Online Payment

Jadi, dengan adanya kemudahan pembayaran zakat fitrah secara atas talian ini, ia akan memudahkan semua umat islam menunaikan kewajiban mereka tanpa alasan.

P/s: Aplikasi SnapNPay kini menyokong pembayaran zakat fitrah untuk pengguna di Wilayah Persekutuan, Labuan, Johor, Perak, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Laman sesawang majlis agama islam mengikut negeri-negeri di Malaysia mungkin buat masa ini ada yang belum mengemas kini pemberitahuan tentang perkara ini. Jadi para pengguna dinasihatkan supaya menyemak semula laman rasmi majlis agama islam negeri masing-masing kemudian di dalam bulan Ramadhan nanti.

Atau terus sahaja hubungi pihak Majlis Agama Islam dan pusat-pusat Zakat di negeri masing-masing bagi mendapatkan info lanjut dan bantuan tentang cara pembayaran zakat fitrah secara atas talian.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress