Fungsi Auto play thumbnail yang terdapat pada aplikasi Youtube membolehkan video tersebut dimainkan selama beberapa saat apabila senarai video sedang ditunjukkan ataupun dipilih pada aplikasi tersebut. Ianya sangat membantu bagi sesetengah pengguna yang ingin melihat sedikit sedutan video tersebut tanpa perlu memainkannya.
Namun begitu, bagi sesetengah pengguna yang lain, fungsi tersebut boleh mengganggu dek kerana bunyi video yang agak kuat ketika anda sedang memilih video, terutamanya bagi pengguna peranti Android atau Smart TV. Kepada anda yang ingin mematikan fungsi tersebut, berikut kami kongsikan caranya.
Apa yang perlu anda lakukan ialah, masuk ke aplikasi Youtube pada peranti pintar android, pastikan akaun yang sama digunakan pada Smart TV anda. Seterusnya tap pada menu Profil > Settings > General.
Kemudian pilih menu Playback inĀ feeds dan akhir sekali “Off” kan fungsinya.
Selesai, maka dengan itu tiada lagi auto play pada Thumbnail setiap video yang sedang dipilih pada aplikasi Youtube termasuk akaun yang di log masuk pada Smart dan Android TV.
Itulah sahaja sedikit perkongsian dariapda kami kali ini, semoga bermanfaat.