Cara Memasang Mod Gelap Pada WhatsApp Web

WhatsApp belum lagi mengeluarkan mana-mana mod gelap terbina rasmi sama ada untuk platform Android, iOS, mahupun WhatsApp Web. Ura-ura mengatakan WhatsApp sedang menguji mod gelap ini pada peranti iOS. Namun untuk peranti Android, tiada berita berkenaan platform tersebut kedengaran. Akan tetapi, jika anda mahukan mod gelap pada WhatsApp Web, kami boleh tunjukkan caranya.

Sebelum itu, penafian bahawa ini bukan merupakan mod gelap rasmi tetapi hanyalah perisian tambahan yang dipasang kepada pelayar web. Cara-cara untuk pemasangan mod gelap ini akan ditunjukkan untuk jenis pelayar web Google Chrome dan juga Mozilla Firefox.

Google Chrome

  • Anda perlu memasang perisian tambahan Stylus kepada pelayar web Chrome anda.

  • Pergi ke laman Chrome Store Web untuk memasang Stylus melalui pautan ini.

  • Selesai dipasang, cari tema gelap berkenaan di sini dan klik pada "Install Style".

  • Buka WhatsApp Web dan anda akan lihat perubahannya.


Kapsyen: Mod gelap pada Google Chrome


Mozilla Firefox

  • Cara ini adalah lebih kurang dengan pelayar web Chrome, tetapi menggunakan perisian tambahan Firefox pula.

  • Pasang Stylus daripada laman Firefox Add-ons di sini.

  • Cari tema gelap dan tekan "Install Style".

  • Siap!


Kapsyen: Mod gelap pada Mozilla Firefox


Sebelum dan selepas pemasangan mod gelap.



 

Apa yang menarik melalui pemasangan ini adalah anda boleh menukar semula kepada stail putih biasa hanya dengan satu klikan. Untuk menukar pergi kepada extension dan klik "Turn all styles off" dan isi kandungan Whatsapp Web akan bertukar kepada putih semula.

Kapsyen: Klik "Turn all styles off" untuk menghilangkan kesemua stail


Info tambahan: Selain menukar kepada mod gelap WhatsApp, anda juga boleh menukar kepada banyak lagi jenis tema dan modifikasi dari laman web, loading bar YouTube, Facebook dan lain-lain menerusi extension yang sama.

Kapsyen: Terdapat banyak pilihan tema untuk digunakan


Kredit tutorial: TheNextWeb

Berkaitan