Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Perlihatkan Rekaan Logo Terbaru Pelayar Microsoft Edge

Cara Pasang Extensions Ke Dalam Pelayar Microsoft Edge

Diterbitkan Januari 18, 2020 · Dikemas kini Januari 18, 2020 oleh ariff bukhari

Anda boleh masukkan extension ke dalam aplikasi Microsoft Edge dari 2 stor berbeza.

Seperti semua sedia maklum, aplikasi pelayar Microsoft Edge sudah pun mula ditawarkan secara rasminya kepada semua pengguna sejak beberapa hari lalu.

Microsoft Edge bukan sahaja boleh digunakan pada sistem komputer Windows 7/8/8.1/10 atau macOS sahaja. Tetapai juga boleh dipasang ke dalam peranti pintar Apple iOS dan pengguna peranti Android.

Selain daripada beberapa ciri baru yang diperkenalkan dalam pelayar baru ini, pengguna yang baru mencuba pelayar Edge ini mungkin mahu memasukkan extension untuk pelayar tersebut. Untuk pengetahuan anda, pelayar Edge menyokong 2 stor berbeza bagi membolehkan pengguna memilih extension yang hendak dipasang ke dalam pelayar.

Microsoft Edge Addons

Bagi mengakses extension untuk pelayar Edge, anda boleh mengaksesnya dari Settings and more.

edge settings 1

Seterusnya, anda akan dibawa laman Microsoft Store aka Microsoft Edge Addons. Walaubagaimanapun, laman stor ini masih dalam peringkat beta. Jadi, pilihan extension dari stor ini adalah masih terhad kepada pengguna.

edge addons
Extension di dalam Microsoft store diasingkan dalam 11 kategori.

Chrome Web Store

Jika pilihan yang ditawarkan di Microsoft Store tidak memenuhi kehendak anda, anda juga boleh memasang extension ke dalam pelayar Edge dari Chrome Web Store. Cuma anda perlu aktifkan butang Allow extensions from other stores dahulu.

edge extensions

 

Kemudian buka laman Chrome Web Store dan barulah anda boleh memasang extension dari laman tersebut ke dalam aplikasi pelayar Edge,

add to chrome

Selamat mencuba.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY