Bagi anda yang mahu mencuba permainan ini. Boleh ikuti langkah berikut.
1. Pergi ke bahagian Settings
2. Kemudian tekan About Phone
3. Tekan Android Version berulang kali sehingga terpapar "Android 10".
4. Sentuh 2 kali pada nombor "1" (sentuhan kedua anda perlu tahan, jangan angkat jari), nombor tersebut akan berpusing.
5. Letakkan nombor satu tersebut pada "0" untuk menjadikan huruf "Q".
6. Selepas itu sentuh 6 kali pada "Q" dan permainan teka-teki Nonogram akan muncul.
Teka-teki ini memerlukan anda memenuhkan kotak kosong berpandukan nombor yang diberi. Ia akan membentuk pelbagai objek. Contoh seperti dibawah.
Android belum dapat lagi Android 10? Bagi Android Pie 9, Easter Egg yang diberikan berupa antaramuka untuk anda melukis. Untuk gunakannya, ikuti langkah 1 hingga 3 seperti diatas.
Selepas itu, sentuh berulang kali pada logo "P" sehingga paparan seterusnya keluar. Anda kini boleh menghiburkan hati dengan melukis.