Cara Gunakan Ciri Tekanan Darah Dengan Siri Jam Pintar Galaxy Watch 5

Bagi pengguna jam pintar Galaxy Watch 5 yang mungkin masih tidak tahu, pada awal tahun ini iaitu sejak bulan Januari 2023 lagi, Samsung sudah pun mula menawarkan 2 ciri baru iaitu sokongan mengukur ritma jantung dan aktiviti elektriknya (ECG atau EKG) dan ciri mengukur tekanan darah kepada pemakai jam pintar Galaxy di Malaysia.

Menggunakan fungsi yang dipanggil analisis gelombang nadi yang menggerakkan penderia denyutan jantung, siri Galaxy Watch 5 bukan sahaja dapat menjejaki kadar denyutan jantung anda tetapi juga tekanan darah anda.

Untuk kali ini kita akan melihat cara menggunakan ciri Tekanan Darah pada siri jam pintar Galaxy Watch 5.

Ciri Tekanan Darah berfungsi melalui aplikasi yang dipanggil Samsung Health Monitor untuk mengukur tekanan darah anda. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Buka aplikasi Samsung Health Monitor pada telefon pintar anda dan log masuk dengan akaun Samsung anda.



2. Sekarang lancarkan pula aplikasi Samsung Health Monitor pada Galaxy Watch anda dan lakukan persediaan awal.

3. Pilih pilihan Tekanan Darah dan ikut arahan pada skrin untuk menentukur jam tangan.



4. Seterusnya, anda perlukan mesin monitor tekanan darah yang sah digunakan. Sebagai contoh adalah mesin monitor tekanan darah dari Omron yang penulis gunakan.



5. Sekarang, pakaikan alat tekanan darah ke bahagaian lengan yang berlawanan dari jam tangan Galaxy Watch yang anda pakai.



6. Sekarang anda boleh mula mengukur tekanan darah anda dengan hidupkan mesin tersebut.



7. Setelah selesai, anda perlu masukkan data bacaan yang ditunjukkan dalam monitor tekanan darah.



8. Untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat, anda disyorkan mengulang menentukur ini sebanyak 3 kali.

Selepas langkah menentukur diulang seperti yang disyorkan, anda tidak lagi perlu menggunakan mesin monitor tekanan darah itu untuk menyemak imbas tekanan darah anda.

(Langkah menentukur dengan menggunakan mesin tekanan darah itu hanya perlu dibuat semula selepas 28 hari).

Bermakna, anda kini boleh terus sahaja menyemak tekanan darah anda hanya dari jam pintar Galaxy Watch yang anda pakai.



Anda juga boleh menjejak rekod tekanan darah anda dari aplikasi Samsung Health Monitor.

Kini anda sudah tahu caranya, selamat mencuba.

{suggest}

(Tidak semua jam pintar yang ada dipasaran ketika ini ada ciri tekanan darah dan ECG sepertimana ditawarkan Galaxy Watch. Jadi dapatkan siri jam pintar Galaxy Watch terbaru di Shopee dan Lazada sekarang)