Cara Aktifkan Penyulitan 'End-to-End' Untuk 'Backup' WhatsApp

Bercakap soal aplikasi permesejan, dua nama yang tidak dapat dielakkan pastinya WhatsApp dan Telegram. Siapakah hari ini yang mampu hidup secara normal tanpa menggunakan WhatsApp atau Telegram walaupun sehari?

Jadi, secara tidak langsung banyak rahsia peribadi dan maklumat disimpan oleh kedua-dua platform ini kerana ia menjadi perantaraan pengguna untuk sembang kosong, urusan formal, perbualan pasangan, gosip, dan sebagainya.

Bukan saja penyulitan 'End-to-End' semasa perbualan berlangsung saja, tetapi untuk sandaran (backup) juga sebenarnya sangat penting. Hal ini sangat mustahak terutamanya jika anda meninggalkan telefon di kedai untuk dibaiki. Jika mereka mempunyai fail sandaran WhatsApp anda, kesemua perbualan pastinya sejak bertahun-tahun dahulu turut sama 'dicuri'.



Fungsi penyulitan sandaran ini telah mula diperkenal semenjak Oktober lepas dan ia menjamin tiada sesiapa pun dapat membaca data anda walaupun pihak WhatsApp atau penyedia perkhidmatan. Sebelumnya, ciri penyulitan ini tersedia untuk perbualan individu sahaja, bukan untuk sandaran.

Ikuti langkah ini untuk hidupkan penyulitan End-to-End sandaran WhatsApp.

  1. Buka aplikasi WhatsApp.

  2. Pergi ke Tetapan atau Settings.

  3. Pergi ke Sembang atau Chats.

  4. Tekan Sandaran Sembang atau Chat Backup.

  5. Tekan Sandaran Disulitkan Hujung ke Hujung atau End-to-End Encrypted Backup.

  6. Tekan Hidupkan atau Turn On.

  7. Tekan Cipta Kata Laluan atau Create Password dan cipta kata laluan.

  8. Tekan Cipta atau Create.


WhatsApp akan mula memuat naik sandaran dengan penyulitan.

Selain itu, untuk langkah keselamatan yang lebih lagi, anda boleh hidupkan "Two-Step Verification" atau pengesahan 2 faktor. Ia memberikan satu lagi lapisan keselamatan sebagai pengesahan sebelum pengguna dibenarkan akses log masuk ke akaun mereka.

Baca juga: