Ikuti kami di media sosial

Tips Gajet

Cara Aktifkan Mod Picture-In-Picture Google Chrome Untuk Tonton Video Sambil Layari Tab Lain

Avatar

Ditulis

pada

Google Chrome sememangnya sudah ada mini-player untuk memainkan video. Namun fungsi itu hanya mengecilkan video dan memainkannya dalam tab pelayar itu sahaja. Jika anda beralih kepada tab yang lain, video itu tidak kelihatan lagi, hanya bunyi dan suara sahaja yang kedengaran.

Ini berbeza dengan mod picture-in-picture (PIP) yang masih boleh membenarkan pengguna untuk tonton video walaupun sudah beralih kepada tab yang berlainan. Terdapat 2 cara untuk mengaktikan mod PIP dalam Google Chrome.

Cara Pertama

  • Klik kanan dalam video yang sedang dimainkan. Namun, untuk sesetengah kes, ia memerlukan dua kali klik.
  •  YouTube contohnya, anda perlu klik sebanyak dua kali. Klik kali pertama membawa anda ke menu YouTube, manakala klik yang kedua akan membuka menu Chrome. Yang ini menu yang betul.
  • Dalam menu YouTube tersebut, anda akan melihat pilihan “Picture in picture”.
  • Klik pada pilihan menu ini dan video akan dikecilkan menjadi tetingkap di sudut skrin.
  • Anda boleh menggerakkannya ataupun membesarkan saiznya dengan bebas.

Video dalam mod PIP

Cara Kedua

Extension Picture-in-Picture

  • Semasa mana-mana video dimainkan, klik logo extension ini pada bahagian kanan atas Chrome.
  • Sama seperti kaedah pertama, video juga bebas digerakkan dan juga dibesarkan saiznya.

Kelemahan

Terdapat beberapa kelemahan utama mod PIP terbina Chrome ini, yang pertamanya anda cuma boleh berhentikan video dan juga kembalikan saiznya kepada asal. Video juga tidak mempunyai bar progress, kapsyen, dan juga kawalan suara. Tetapi yang penting adalah ia tetap membenarkan anda untuk menonton video sambil melayari tab yang lain.

Hanya boleh berhentikan dan besarkan kembali video sahaja

Selamat mencuba!

Kredit tutorial: TheNextWeb

 

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Tips Gajet

Cara Mudah Mengenalpasti Peranti iPhone “Refurbished”

Tips Gajet

Ditulis

pada

Tips ini sangat berguna kepada anda yang ingin membeli peranti iPhone terpakai, keranan ianya dapat mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

Pertama sekali masuk ke menu Setting > General > About.

Pada paparan berikut lihat pada kod Model Number.

Perhatikan pada permulaan huruf kod tersebut, kerana ianya memberi maksud yang sangat penting.

  • Sekiranya ia bermula dengan huruf M maka peranti itu dibeli baru pada kedai Apple.
  • Sekiranya ia bermula dengan huruf F maka ianya adalah peranti yang telah di Refurbished 
  • Sekiranya ia bermula dengan huruf P maka ianya adalah peranti khas keluaran Apple untuk tujuan tertentu
  • Sekiranya ia bermula dengan huruf N maka ianya adalah peranti gantian keluaran Apple untuk menggantikan peranti yang rosak

Apapun sekiranya peranti yang anda beli tersebut adalah hasil Refurbished oleh pihak Apple, ianya tiada apa yang perlu dirisaukan kerana barang gentian dalamannya telah direkondisi seperti baru oleh pihak Apple.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali in, semoga bermanfaat.

 

Teruskan Bacaan

Tips Gajet

Cara Tambah Tandatangan Pada PDF Untuk Peranti Android

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Anda mungkin didatangi dengan dokumen berformat PDF yang perlu ditandatangan. Segelintir daripada kita mungkin mempunyai kerajinan untuk mencetaknya, tandatangan, mengimbas semula untuk dijadikan PDF dan barulah dihantar.

Ada juga yang mengambil gambar tandatangan mereka, kemudian menyuntingnya untuk ditampal pada dokumen tersebut. Sebahagian yang lain menggunakan aplikasi tertentu seperti Acrobat Reader dan sebagainya.

Kini dengan penawaran daripada Microsoft, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk melakukannya. Aplikasi yang dimaksudkan adalah Office All-in-One yang sedia dilancarkan beberapa hari lalu.

Untuk menggunakannya, muat turun Office All-in-One daripada Google Play Store. Buka aplikasi dan pergi ke bahagian Actions. Pilih Sign a PDF dan klik pada ikon Browse untuk cari dokumen yang perlu ditandatangan.

Sentuh pada bahagian yang perlu ditandatangan dan cipta tandatangan pada paparan seterusnya. Anda boleh pilih sama ada mahu atau tidak menyimpan tandatangangan tersebut.

Tekan butang pada penjuru kanan untuk letak tandatangan. Saiz tandatangan boleh diubah mengikut kesesuaian.

Jika sebelum ini aplikasi daripada Office ditawarkan secara berasingan (Word, Excel, Powerpoint) namun dengan adanya Office All-in-One ia lebih mudah diakses serta menjimatkan ruang.

Selain itu, terdapat fungsi-fungsi lain yang disediakan kepada pengguna untuk memudahkan tugasan seperti.

1. Transfer Files – Pemindahan fail pada antara telefon pintar dan komputer. Sambungan dibuat sama seperti WhatsApp Web melalui imbasan kod QR.

2. Share Nearby – pemindahan fail pada peranti Android berdekatan yang turut menggunakan aplikasi ini.

3. Imej kepada teks – Rakam gambar dan ditukarkan kepada teks.

4. Imej kepada jadual – Rakam gambar jadual dan ditukar ke dalam bentuk jadual.

5. Imbas ke dalam bentuk PDF – Imbas apa apa dokumen dan ia disimpan dalam format PDF.

6. Gambar ke PDF – Jadikan gambar sedia ada ke format PDF

7. Dokumen ke PDF – Tukar dokumen format lain kepada format PDF seperti contoh Word ke PDF.

8. Imbas kod QR – Imbas kod QR dan simpannya pada ciri Note untuk kegunaan lain.

Teruskan Bacaan

Tips Gajet

Cara Menyimpan Fail PDF Terus pada iPhone

Tips Gajet

Ditulis

pada

Peranti iPhone sememangnya mempunyai syarat yang ketat terutamanya melibatkan proses muat turun pada pelayar Safari. Kepada anda yang ingin memuat turun fail jenis PDF pada iPhone, berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali masuk ke laman sesawang yang mengandungi fail PDF yang anda ingin muat turun. Kemudian klik pada ikon Share pada penjuru bawah pelayar.

Dengan itu anda akan dibawa ke menu pilihan aplikasi.

Skrol kebawah dan pilih menu Save To Files.

Seterusnya pilih lokasi dimana anda ingin fail tersebut disimpan kemudian tap menu Save, selesai. Fail tersebut akan disimpan pada Folder Files peranti.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular