Canonical Mengajak Pengguna Windows 7 Berhijrah Kepada Sistem Ubuntu

Pembangun Ubuntu sedia membantu anda.


Canonical, syarikat pembangun sistem operasi komputer sumber terbuka Ubuntu hari ini telah mengajak para pengguna Windows 7 untuk beralih kepada sistem Ubuntu.

Seperti semua sedia maklum, Microsoft telah pun menamatkan sokongan terhadap Windows 7 pada 14 Januari 2020 lalu.

https://twitter.com/Canonical/status/1217438048495030272?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1217438048495030272&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.bleepingcomputer.com%2Fnews%2Flinux%2Fubuntu-invites-windows-7-users-with-linux-switch-guides%2F

Bagi memudahkan penghijrahan itu, pihak Canonical akan menerbitkan siri panduan langkah-langkah peralihan kepada sistem Ubuntu.

Antara perkara yang akan dibincangkan dalam siri panduan itu termasuklah persedian sebelum memasang Ubuntu, cara memasang Ubuntu dan konfigurasi selepas pemasangan Ubuntu.

Sebagai permulaan, Canonical telah menerbitkan panduan kepada pengguna Windows 7 berkaitan spesifikasi komputer yang diperlukan bagi menyokong sistem operasi Ubuntu.

https://twitter.com/ubuntu/status/1222200898417545222?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1222200898417545222&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.bleepingcomputer.com%2Fnews%2Flinux%2Fubuntu-invites-windows-7-users-with-linux-switch-guides%2F

Kelebihan sistem operasi Ubuntu adalah ia adalah sistem terbuka dan percuma. Tidak sepertimana sistem Windows yang perlu dibeli pengguna.

Jadi kepada para pengguna setia Windows 7, sudikah anda untuk beralih kepada sistem Ubuntu?