Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Canon Logo

Canon Menang 6 Tahun Berturut-Turut

Diterbitkan Julai 31, 2023 ยท Dikemas kini Julai 31, 2023 oleh Helmi Samsuri

Canon bukanlah nama asing lagi dalam arena pengimejan digital serta fotografi. Mengukuhkan lagi jenamanya yang sudah sedia ada terkemuka, Canon baru-baru ini berjaya merangkul Anugerah Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Malaysia 2023.

Dipilih sebagai “syarikat terbaik tahun ini dalam inisiatif alam sekitar dan sosial”, Canon berjaya mengungguli kategori “Pengimejan Digital – Perkhidmatan dan Jualan” menewaskan syarikat pencabar yang lain.

Canon Malaysia

Melalui kemenangan yang dicapai ini, ia merupakan tahun keenam berturut-turut Canon ditabalkan sebagai Syarikat Terbaik dalam acara anugerah tersebut.

Komitmen Canon untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti tempatan dan usaha kelestarian yang proaktif mendapat pujian tinggi dari panel juri pakar yang berwibawa. Shunji Yoshikai, Presiden dan CEO Canon Marketing Malaysia, berkata, “Kami amat berbesar hati untuk menerima anugerah ‘Syarikat Tahun’ untuk tahun keenam berturut-turut dan kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen tidak berkesudahan daripada pekerja kami yang luar biasa.”

Majlis anugerah diadakan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 26 Julai 2023, disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Wanita, Keluarga & Pembangunan Masyarakat.

Berkaitan

  • Canon Catat Rekod Untuk Cetakan Gambar Digital Terpanjang Di Dunia
  • Canon Kekal Sebagai Pengeluar Pencetak Pilihan Pengguna
  • Canon Dilapor Sedang Cari Jenama Telefon Pintar Untuk Berkolaborasi

Anugerah ini mengesahkan komitmen syarikat untuk melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan inisiatif kelestarian yang memberi impak positif kepada kehidupan komuniti tempatan dan alam sekitar.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY