Canon Catat Rekod Untuk Cetakan Gambar Digital Terpanjang Di Dunia

Canon secara rasmi telah disenaraikan dalam Guiness Book of World Records dengan mencatat rekod bagi cetakan gambar digital terpanjang di dunia - Kolaj besar sepanjang 109.04 meter yang dicetak pada Sidang Kemuncak Foto Oberstdorf di Jerman.

Rekod itu dibuat dan disahkan pada 26 September yang lalu dan dilakukan di Schattenbergschanze, Jerman.  Walaupun dengan keadaan cuaca buruk, Canon masih berjaya untuk mencetak gambar tersebut.



Cetakan tersebut dihasilkan menggunakan pencetak gambar Canon imagePROGRAF PRO-6100.  Ia ditempatkan di titik tertinggi di tanjakan ski dan gambar itu turun ke landasan semasa ia dicetak.

Gambar tersebut menampilkan kolaj gambar landskap, potret rakyat, selebriti dari Oberstdorf serta gambar sukan dan sejarah.

Selepas sidang kemuncak acara ini, gambar tersebut akan dibahagi dan dilelong secara dalam talian yang kemudiannya wang tersebut dijadikan untuk projek amal.