Cara Semak Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bermula awal tahun ini, anda boleh memohon dan membuat semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Buat pengetahuan, terdapat tiga golongan yang layak menerima bantuan ini, iaitu:

  • isi rumah

  • bujang (warga emas)

  • bujang


Anda boleh klik pautan INI untuk mengetahui syarat kelayakan dan jumlah bantuan yang diterima. Tambahan lagi, permohonan baharu atau pengemaskinian maklumat adalah sehingga penghujung bulan ini sahaja (31 Januari 2022).

Oleh itu, ini adalah cara bagaimana untuk menyemak status permohonan anda.

Pertama sekali, pergi ke pautan https://bkm.hasil.gov.my dan klik log masuk BKM. Sekiranya anda tiada akaun lagi, boleh klik "Permohonan Baharu".



Seterusnya, masukkan ID Pengguna/Nombor MyKad.



Pastikan kata kunci keselamatan anda adalah betul dan kemudian masukkan kata laluan.



Setelah anda berjaya masuk, klik pada "Semakan Status".



Jika permohonan berjaya, ia akan memaparkan "Permohonan Diterima".



Walau apa pun, bagi anda yang pernah menerima bantuan sebelum ini seperti BPN, BKR atau BKC, anda tidak perlu risau kerana sepatutnya anda layak menerima BKM ini.

Baca juga:

 

 

Berkaitan