Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
canon malaysia

Canon Lancar EOS-1D X Mark III Yang Dikuasa Pemproses Imej DIGIC X

Diterbitkan Januari 22, 2020 · Dikemas kini Januari 24, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Sekitar seminggu yang lepas, Canon Malaysia telah mengumumkan mengenai keluaran EOS-1D X Mark III  untuk pasaran tempatan. Kini, mereka telah melancarkan secara rasmi model itu pada hari semalam.

EOS-1D X Mark III adalah pengganti kepada model EOS-1D X Mark II sebelum ini. Kamera yang dikuasakan dengan pemproses imej DIGIC X ini, mempunyai keupayaan untuk merakam imej resolusi tinggi pada kadar 20 bingkai sesaat (fps). Ia juga dilengkapi dengan sensor CMOS 21.4 MP. Dikatakan mampu membuat rakaman yang lebih terperinci serta kualiti yang optimum.

canon malaysia

Kamera ini dihadirkan dengan teknologi Auto Fokus (AF) yang unik dari canon. Dengan pengesan AF resolusi tinggi baharu yang mempunyai rekaan piksel segi empat sama, terdapat peningkatan piksel untuk arah melintang dan menegak.

Ciri baru yang terdapat pada kamera ini adalah HDR PQ HEIF. Ia adalah standard rakaman 10-bit (untuk imej pegun) yang berbeza daripada standard definisi tinggi biasa. Ia menggunakan pendekatan resolusi tinggi dan rendah gangguan. Selain itu, fail HEIF boleh ditukar ke format JPEG dengan mudah sama ada di dalam kamera itu sendiri atau melalui peranti lain menggunakan Digital Photo Professional.

canon malaysia

EOS-1D X Mark III juga merupakan kamera bingkai penuh pertama Canon yang menampilkan video 4K tanpa potongan. Kamera ini menyokong rakaman filem dalam standard 4K UHD (3840 x 2160, 16:9) yang ditetapkan oleh ITU dan sesuai untuk penghasilan kandungan penyiaran.

Spesifikasi Canon EOS-1D X Mark lll

  • Ukuran : 158.0×167.6×82.6 mm
  • Berat : 1440g
  • Sensor imej : 21.4 MP CMOS
  • Pemproses imej : DIGIC X
  • Kelajuan ISO : 100-819,200
  • Kelajuan rakaman berterusan : sehingga 16 fps (semasa penggambaran viewfinder, One-Shot AF dengan AI Servo AF), 20 fps (semasa penggambaran secara langsung, One-Shot AF dengan
    Servo AF)
  • Maksimum kualiti video : 4K 59p
  • WiFi dan Bluetooth
  • LCD 3.15 inci

Kamera ini bakal dijual bermula Februari ini pada harga RM29,999 dan boleh didapati di semua pengedar rasmi Canon di seluruh negara. Jika anda berminat dengan penjualan kamera ini, anda boleh layari laman rasmi Canon Malaysia untuk melihat spesifikasi dengan lebih lanjut sambil menunggu tarikh penjualannya nanti.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY